Monday, May 9, 2011

jangan tanya kenapa aku single!

Assalammualaikum semua!!
korang  tgh buat ape?hehe..
da abeh exam?ke bru nk start?cian2..huhu
whateverlah!kpd yg baru nak start exam,GOODLUCK! 
and kpd yg da abeh exam tuh,SELAMAT BERCUTI!:)
*p/s:raye nnt jangan maen mercun,t ilang jari,sape yg susah?huhu..:p
cuti 4 bulan ni nk buat ape ek?
blaja masak?*WAJIB!
blaja bwk kete?tula,dlu mak suruh blaja xnk,penakut,huhu....:p
blaja buat brownies?sedapnyer.....mmg dasar kuat makan!:P
or blaja jaga anak?oopss!babysitter la....jap2,bleh ke aku ni nk jage bdk kecik?abehla bdk tuh t,huhu.....
but the truth is i love kids!:)
proven!:)
ke nk keje...tp nk keje ape?secret recipe?wah2,tiap2 hari mkn kek la kejenyer,huhu..:p

JANGAN TANYA KENAPA AKU SINGLE!

huhu....actually tajuk tuh tak mentioned pd sesape pon,tidak ada kena mngena dgn yg hidup ataupun yg akan meninggal dunia,huhu....:p
kenapa aku masih single?nape ek?huhu...jual mahal ke?haish,xdela!huhu....*ingat ni YEAR END SALE a.k.a YES ke nk jual mahal ke murah,huhu..:p
td duk belek2 artikel kt *sayasayangkanislam* then terbace la satu artikel ni..
and while scanning the article tibe2 terbace this phrase

"Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan"
 
"Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti"
 
so................motif nk ckp kt sini,kepada korang2 yg single lg tuh,toksah la duk susah ati @ emotional nk pkir knape korang still single sbb jwapan die da ade.....
"setiap manusia dijadikan berpasang- pasangan dan ingatlah Allah yang menciptakan hati kita oleh itu hanya Dia sahaja yang tau bila hati kita bersedia untuk menerima"
 and......
"Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman"
 
mungkin ada yang terbaek utk korang oneday nanti,so u juz have to keep waiting and also don't forget to pray to the ONE:) tp korang kena la jadi yang terbaek utk dapat yang terbaek,baru la fair kan?hehe..:)
 eh2,nape tetibe nk ckp mende2 ni sume plak ni...ish,g blaja msak dlu then bru bleh citer psal nih sumer!huhu....
BTW,jangan sedih2,kalo x jumpe MR RIGHT korang,abg2 lombok banyak!haha....
oopsS!!!mintak dijauhkan,huhu..:P
okeh,selamat  bercuti!:)

 

Sunday, May 8, 2011

everyday is mothers day!:)

Ibu,ibu....engkaulah ratu...hatiku...
bila ku derita,engkau hiburkan selalu...
ibu,ibu....engkaulah RATU hatiku.....
>TERIMA KASIH mak kerana telah memberi saya peluang untuk melihat dunia dengan melahirkan saya
>TERIMA KASIH  mak kerana telah menyusukan saya hingga saya membesar dengan sempurna
>TERIMA KASIH  mak kerana telah bersabar dengan keletah saya semasa kecil
>TERIMA KASIH  mak kerana telah memberikan saya didikan yang sempurna hingga menjadi seorang yang bergelar manusia

>TERIMA KASIH  mak kerana telah mengajar saya erti sebuah kehidupan agar tidak alpa dengan godaan dunia
>TERIMA KASIH  mak kerana telah memberi saya peluang untuk belajar membuat keputusan sendiri
>TERIMA KASIH  mak kerana telah menjadi seorang ibu yang terbaik untuk kami semua:)
SELAMAT HARI IBU mak!:):):)
Let us take a moment of da time just 2 pay tribute or show appreciation to da person called MOM though some may not say it openly 2 their mother.There’s no substitute 4 her.Cherish her every single moment.Though at times she may not be da best of friend’s,may not agree 2 our thoughts,she is still ur MOTHER!She will be there 4 u..2 listen 2 ur woes,ur braggings,ur frustrations and any other else.Ask urself....have u put aside enough time 4 her,2 listen 2 her “blues” of working in da kitchen,her tiredness???Be tactful,loving and still show her due respect though u may have a different view from hers.Once gone,only fond memories of da past and also regrets will be left.thanx mum!:)

Tuesday, May 3, 2011

*pesan nenek kebayan*

Assalammualaikum semua!!!!!:D
korang sume da makan???
sape yg blum mkn lg tuh bguslah!bace entry nih dlu then bru g mkan,hehe....
sesape yg dah makan,kna bace gak utk practice for the next meal,hehe..:p
bunyi cm gempak je kan...sebenarnyer xde pape pon,just a little bit advices yg agak bermanfaat jugak la utk korg sume,hehe..:p
kt bawah ni sume adalah beberapa pantang larang yg korg perlu ikut kalo nk hidup lame!haha..:p
*ajal dan maut di tgn tuhan,kita hanya berusaha,huhu..;)
jom baca!:)

1.   Jangan merokok– kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi… ingat tuh!)
Jangan merokok tau...!
2.  Jangan terus makan buah-buahanMemakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam
sebelumnya …
sedikit info tambahan: you all tau tak kalau kita ‘consume’ mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan.
Eat fruits BEFORE you eat your meal...got that...?
3.  Jangan minum teh Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan  lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan, yer…
tea_cup_small
4.  Jangan longgarkan tali pinggang andaMelonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat … huhu …

5.  Jangan mandiTerus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, mak bapak kita selalu pesan kalau mandi lepas makan, perut buncit… :-D .. So, baik you all ikut jer nasihat nie..:-)

6.  Jangan berjalan-jalanAda pepatah Inggeris yang berbunyi “Walk a hundred steps after a meal, then you’ll live till 99″…:-) Hakikatnya, ini tidak benar. Actually, berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh pi berjalan-jalan…

7.  Jangan terus tidurBiasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Kalau ikutkan hati, best nyer dapat tido terus…huhu.. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tido. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. Kita juga mungkin mudah mendapat ‘heart burn’ atau pedih ulu hati… So, janganlah ikut seperti En. Homer di bawah nie yer…
Sleeping on a FULL stomach...bad example, Homer!

La Tahzan:)

salam semua!!!:)
saye x bleh tido mlm ni,tulah sape suh minum nescafe td,kn da jd burung hantu!huhu..:p
korg sume sihat?hehe..
okeh,malam ni nk membebel pasal pe ek?huhu.....
oh,td de la belek2 artikel kt www.iluvislam.com,then terbace la satu artikel ni...LA TAHZAN.
korg tau x pe maksud die?hehe......maksudnyer,JANGAN MENANGIS:)

Jom baca!:)

Bersabarlah, hidup ini bukan untuk mengikut kehendak kita tetapi mengikut kehendak Yang Mencipta kita.

"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku". [surah az-Zariyat:ayat 56]

Takdir yang datang pada kita dan untuk kita pula bukan untuk dipersalahkan, tetapi untuk sentiasa disyukuri setiap apa yang Allah S.W.T. kurniakan. Banyak kali Allah S.W.T. menyebut tentang sesuatu perkara setelah diberikan kepada hamba-Nya lalu Allah S.W.T. berfirman di akhirnya yang bermaksud :

"Mudah-mudahan kamu bersyukur." [al-Hajj: ayat 36]

Sedih dan Berduka
Tidak salah untuk merasa sedih kerana ia suatu perasaan. Tidak salah untuk merasa kecewa kerana itu juga suatu perasaan. Tidak salah juga untuk menangis kerana ia sememangnya jua sebuah luahan perasaan sedih dan kecewa. Perasaan dan luahan yang Allah S.W.T. kurniakan untuk setiap hamba-Nya bagi melengkapkan kesempurnaan ciptaan makhluk-Nya dan untuk menterjemahkan rasa cinta dan kasih sayang Allah S.W.T. buat hamba-hamba-Nya.
Namun yang menjadi salahnya apabila manusia melebih-lebihkan kesedihan itu dengan menyalahkan takdir, lalu melakukan perkara-perkara yang menyalahi fitrah. Bunuh diri, makan pil tidur melebihi dos, minum arak, memaki hamun orang lain, menyebar fitnah dan sebagainya.
Itu semua tidak Allah S.W.T. sukai dan redhai. Tapi apa yang Allah S.W.T. suka? Lihatlah apa yang Allah S.W.T. firmankan yang bermaksud :

"Orang yang apabila ditimpa musibah lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami milik Allah S.W.T. dan kepada-Nya kami kembali." [surah al-Baqarah: ayat 156]

Siapakah yang mampu mengucapkan ucapan seperti ini melainkan hamba-hamba yang sabar dan redha dengan takdir Allah S.W.T. lalu menyerahkan diri hanya kepada-Nya. Ya, Allah S.W.T. suka orang-orang yang sabar. Sabar, sabar, dan sabar.

Takdir Untuk Kita
Kadang-kadang kita rasa apa yang Allah S.W.T. takdirkan itu buruk untuk kita sampai kita menangis dan terlalu kecewa, tetapi hakikatnya tidak begitu. Allah S.W.T. sayangkan kita. Allah S.W.T. tidak berkehendak kita jatuh ke tempat yang tidak baik.
Cuba kita teliti jalan-jalan yang pernah kita lalui dahulu, kadang-kadang ada kehendak yang kita tidak dapat penuhi lantaran tidak mendapat keizinan, dikecewakan, ditipu dan sebagainya. Selaklah kembali kisah-kisah selepas kejadian memilukan tersebut, tentu ada kebaikan yang tersingkap lalu kita mengucap 'Alhamdulillah', 'nasib baik', 'kalau tak' dan ucapan yang seumpama dengannya.
Semua itu adalah hikmah, hikmah dari Allah S.W.T. yang tersembunyi ketika berlaku musibah pada kita, kemudian terzahir beberapa waktu andai kita duduk berfikir. Semua itu untuk kita lebih mensyukuri setiap nikmat yang ada di depan mata kita dan menjadi hamba yang 'Syakura' (banyak bersyukur).
Benarlah seorang murabbi selalu mengatakan, Allah S.W.T. tidak pernah mahukan yang buruk-buruk buat hamba-Nya. Cuma untuk beberapa perkara yang perlu kita lalui di atas muka bumi ini, ia bergilir-gilir dengan perkara kebaikan dan keburukan.
Allah S.W.T. memberi kita peluang untuk membuat pilihan sama ada hendak berbuat baik atau berbuat jahat. Pilihlah mana satu kata hati dan kehendak kita.

Tapi ingat, natijah dan kesan untuk keduanya berbeza.
Jangan ditanya kenapa Allah S.W.T. cipta Neraka kalau Allah S.W.T. sayangkan hamba-Nya? Sebab Allah S.W.T. sudah memberi pilihan di dunia dan setiap pilihan berbeza kesan kehidupan di akhirat. Bermakna jika seseorang memilih untuk berbuat kejahatan, maka dia masuk ke dalam Neraka adalah untuk pilihannya sendiri bukan kerana takdir Allah S.W.T.. Manakala jika seseorang berbuat kebaikan lalu masuk Syurga, itu juga atas pilihannya tetapi di atas rahmat Allah S.W.T..

La Tahzan

Akhir kata, janganlah bersedih pada ujian yang menimpa. Bukan hanya kita yang merasa, orang lain juga lebih teruk menderita. Seperti para Rasul dan sahabat menderita, lebih dalam dan jurang ujiannya. Namun dengan ujian itu mereka bersabar lalu diangkat darjat mereka.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. kurniakan kesabaran buat kita berpanjangan. Ameen ya Rabb.

'Bumi mana yang tidak pernah disirami hujan, kerana dengan hujan itu suburlah dan indahlah bumi.
'Manusia mana yang tidak pernah ditimpa ujian, kerana dengan ujian itulah semakin subur iman dan keyakinan insan pada Tuhan.'

okeh la,nk tito dlu....renung2kn dan selamat beramal!:P
GOODNITE SEMUA!!!!!:)