Friday, December 23, 2011

cerita si matahari.


Jika ditanya pada angin,mengapa kau berdesir perlahan?
Dijawab angin,kerana aku adalah angin
Jika ditanya pada hujan,mengapa kau turun mencurah ke Bumi?
Dijawab hujan,kerana tanpaku bagaimana si tumbuhan mahu hidup?
Jika ditanya pada bintang,mengapa kau hanya sebutir yang bersinar dikala malam?
Bintang menjawab “kerana aku menemani si bulan menerangi Bumi yang kelam”
Jika ditanya pada bulan,mengapa kau bersinar sedangkan ada si bintang?
Jawab si bulan,kerana tanpa bulan si bintang takkan berseri
Jika ditanya pada matahari,mengapa kau bersinar?
Jawabnya,kerana aku adalah matahari
Matahari yang menyinari seluruh isi Bumi
Tanpa aku,bulan,bintang mana mungkin bersinar .
Tanpa aku Bumi ini akan hilang serinya
Oleh itu....
Jadilah seperti si matahari
Bukan si angin yang tidak tahu apa-apa
Bukan si hujan yang fungsinya hanya satu
Bukan si bulan dan bintang yang hanya bergantung pada satu sama lain
TETAPI
Jadilah seperti matahari yang berdikari
Yang punya nilai tersendiri
Yang menjadi tunjang kepada yang lain
Yang apabila hilangnya ia,seluruh makhluk meratap sepi

Saturday, December 17, 2011

engkau adalah engkau.dia adalah dia.

Aku sering tertanya-tanya...
Mengapa aku tidak seperti mereka?
Mengapa aku tidak bijak seperti mereka?
Mengapa aku tidak cantik seperti mereka?
Mengapa aku tidak punya harta seperti mereka?
Mengapa aku tidak segembira mereka?
Mengapa aku tidak sehebat mereka?
Mengapa aku tidak punya peluang untuk berkasih sayang seperti mereka?
Mengapa aku tidak punya peluang untuk berjaya seperti mereka?
Mengapa balasan yang aku terima tidak setimpal dengan usahaku,padahal mereka yang hanya usaha sedikit mendapat balasan yang hebat?
Mengapa tiap kali aku mencuba sesuatu,tiap kali itulah aku gagal?
Mengapa?Mengapa?Mengapa?
Persoalan yang terus berlegar seperti bulan dan Bumi.
Persoalan yang sering mengganggu benak fikiran.
Persoalan yang bagaikan tiada jawapannya.
Persoalan yang tiada siapa yang tahu selain Yang Maha Kuasa.
Tetapi,hari ini jawapannya telah terungkap
Jawapannya hanya satu....
kerna engkau adalah engkau.
Dia adalah dia.
Memang manusia itu sama,
tetapi setiap manusia itu telah ditetapkan sejarah hidupnya sejak di Luh Mahfuz lagi.
Jadi jangan pernah kau mengeluh jika kau tidak punya seperti mereka kerna Yang Maha Esa itu lebih tahu apa yang terbaik untukmu.
Jika kau mengeluh,itu bermakna kau tidak suka dengan pemberian-Nya.
Pemberian dari yang tersayang,masakan bisa di tolak bukan?

Tuesday, December 6, 2011

ibu,mak,ummi,mama or mummy?

"ketika Allah menciptakan seorang ibu,Dia mengadunkannya dengan bahan 
yang istimewa dan tahan lama.Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran,tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya.telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sngat kuat,yang di cipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis.Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu.Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar.Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka.

"di kelopak mata si ibu,Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya.Air mata itu adalah haknya,dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya.Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan,ataupun air mata gembira atas kejayaan anak-anaknya"

p/s:sayang mak!;)

Sunday, December 4, 2011

ke petrosains la kiter!


hye!hye!
tora datang lagi!*tibe2 plak kan...
ok,last friday kitorang,i mean my coursemates and me pegi PETROSAINS.korang ade?
*ceh,berlagak la plak,haha
actually trip ni memang kitorang wajib pegi,bukan kitorang saje2,suke2 (and yang seangkatan dengan nyer la kan) pegi sini.
tapi ape yang aku nak cakap kat sini,trip ni memang best!
yela,ni la 1st time kitorang satu kos keluar same2,pegi jalan2 kluar dari upm ni....(kesian giler kan?)
whateverlah!janji dapat makan secret recipe....
(eh!tibe2 plak...)
ni la antara aksi2 dramatik kitorang kat sana,kalah budak2 skolah!

 eh,eh....kamera la,cepat pandang!

 awatnyer tak leh tutup lak beg ni....haish!

 *mak saye paling marah kalau buat muke mcm ni,die cakap nanti xde orang nak masuk minang biler tengok,LOL

 ina,azrin,tirah and zati

eleh,ko ingat ko cantik?

 *muka excited nak pegi;p

 peace no war!

 khusyuk btol!

 hai,saye da sampai petrosains!

 najat: taknak lah pandang kamera,malu!:p

 dulu mase kecik2 cita2 nak jadi penyanyi nasyid:p

 tadaaa!!!!!aku ade tiket,kau ade?

 cak!:p

ada orang cakap baju kitorang macam promoter kosmetik,LOL

 mak,kesian anak mak kena tinggal tepi jalan..:(

 priceless!well,orang melaka memang murah dengan senyuman;)

 kan best kalo t-rex ade lagi,bleh tolong dodoikan aku biler nak tido:p

 game2 ni kitorang suke la!

 jom pegi pelantar minyak!;D
*mell,muke xyah nak excited sgt ea...haha
*imran,malu2..haha

kami serupa.erk!

 me myself don't know what i'm trying to do at that time..haha

 tak senonoh betul!behave please!;p

 *some of my coursemates
-mizan,imran,mell,ikha,me,awi,denis,ina and zati

*yang ni muke mintak pelempang!
-penat kot naek gondola;p

ok,that all from us.
thank you for watching;)
kbai.

selamat menjadi pelengkap hidupku;)

assalammualaikum!(tak jawab dosa,kalau jawab sayang;p)
okeh,rase macam da lame tak membebel kat sini...biase la,busy dengan study,assignment yang tak penah nak bagi peluang aku nak enjoy time weeekends,busy dengan wedding along(asek balek umah je,teman mak beli barang2),lagi...busy dengan boyfren yang asek merajuk mintak kena lempang(@_@ dalam mimpi je),busy dengan anak2 yang mintak belikan lori mainan,anak patung barbie..ok,enough!*better to stop here before getting worse..haha (merepek dan berangan adalah hobi saya)

............................................zahiril adzim dah kawen!(lambatnyer aku respon,orang laen da berkurun kot taw and update pasal zahiril ngn shera)

congrates to both of you,korang memang comel,macam pinang dibelah lapan pastuh belah lagi lapan,err..8_8
tapi dalam banyak event dalam wedding diorang the most part yang aku shukew tangat2 ialah part zahiril buat special puisi untuk shera.soooo sweet......=_=
cube korang bace puisi die ni.....

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
 
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

sweet kn?actually it's not just sweet,it's too sweet!untungla ade orang nak buatkan puisi untuk kite....@_@
kbai.