Thursday, March 29, 2012

falling for you;)

I don’t know but
I think I maybe
Fallin’ for you
Dropping so quickly
Maybe I should
Keep this to myself
Waiting ’til I
Know you better
I am trying
Not to tell you
But I want to
I’m scared of what you’ll say
So I’m hiding what I’m feeling
But I’m tired of
Holding this inside my head
I’ve been spending all my time
Just thinking about ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’ve been waiting all my life
And now I found ya
I don’t know what to do
I think I’m fallin’ for you
I’m fallin’ for you-COLBIE CAILLAT

Monday, March 26, 2012

i'm in love;)

assalamualaikum!*sambil senyum lebar-lebar sampai telinga

korang tengah buat ape?da makan?da gosok gigi?eh!merepek ape ni?(baru sedar tgh merepek sbb kena lempang dgn jiran sebelah)

ok la,entry arini pasal "i'm in love".yes!i'm truly,madly in love with you!ngehngeh..;D

sebenarnyer aku bukan jatuh cinta dengan manusia,sebab aku bukan manusia...err..eh,aku manusia la!

sebenarnyer(brape banyak kali la nak sebenarnyer dari td) aku jatuh cinta dengan pulau maldives yang cantik giler nak mampos,tahap gila babun makan mcD ni ha...seriusly,memang lawa!tak caye,cube korang tengok ni...



 
 cantik kan?*untung2 dapat jumpe duyung kt sini,hikhik

 
yang ni pun sangat owsem!
*tengah berangan lari2 kat tepi pantai,erk!


 yang ni?hehehehehehe......
*muka gatal mintak penampar


ok,semua ciptaan Allah ni sangatlah owsem!

p/s:start simpan duit dari sekarang untuk honeymoon kat sane,hikhik...*_*

adios!


Thursday, March 22, 2012

ko pikir ko cantik?

Assalamualaikum.tak jawab dosa,kalo jawab sayang.(jawab dalam hati suka=p)
As usual,aku nak membebel lagi arini sebab......hobi kot!hikhik(muka ala-ala spongebob tgh makan aiskrim).arini aku nak membebel pasal satu benda yang korang sume tak kire la korang lelaki or perempuan mesti suka.CANTIK.sape yang tak suke pada benda-benda yang cantik kan?tapi korang tau tak ape tu cantik?mesti korang jawab,”cantik!ala,yg comel2 tu..cantiklah!”.
Kalau ikut kamus aku,cantik tu macam satu benda yang comel,sedap mata memandang and korang rasa macam tak puas je tengok benda tu,mesti nak tengok lagi...sebab cantiklah! arini aku bukan nak cakap pasal tv yg cantik(tv aku dh bertukar jadi radio ok,owsem tak?haha..),liquid yg cantik,helmet yg cantik,and pape lagi la yg cantik.tapi arini aku nak bercerita pasal MANUSIA YANG CANTIK.kalau korang la kan,macam mane korang tafsirkan seseorang tu cantik?mostly akan tengok rupa dulu la kan...lepas tu baru tgk badan die,rambut die,kasut ape die pakai,baju ape die pakai...blablabla...lepas tu baru korang cakap die cantik kan?sebenarnyer kan,cantik tu subjektif(macam jawab SPM lak ade objektif ngn subjektif).kiter tak boleh la nak kata seseorang tu cantik berdasarkan paras rupa or bentuk badan die je..kadang-kadang perangai orang tu pon boleh menggambarkan yang die tu seorang yang cantik.btol...tak caye cube korang tengok kat sekeliling korang...kadang-kadang ada sorang ni muka dah cun dah (macam wan maimunah mase muda),tapi suka buat aniaya kat orang,dengki la,ape la..and kadang-kadang tu muka die xdela cantik mane,ade la jugak rupa manusia...tapi hati die baik.kalo kawan die takde duit nak makan,die blanje satu kos,kalo die nampak orang tua nak lintas jalan,die tolong pakcik tu nak lintas jalan siap bagi duet rm100 lagi buat belanja (padahal pakcik tu baru lepas pegi bank keluarkan duet pencen)...kalo lalu depan orang tua,kalau boleh nak merangkak(tak maen la tunduk2 ni)...cantik tak die?cantik kan?cantik budi bahasa...=) senang cite,kalau kiter nak cakap sumone tu cantik or hodoh,kiter kena la menilai dari dalam jugak,jangan menilai seseorang tu berdasarkan luaran die je.bak kata nenek aku,don’t judge a book by it’s cover.kadang-kadang luar je nampak cantik,tapi dalam hampagas....ok la,aku malas la nak cakap banyak-banyak (sebab lecturer pengucapan awam aku cakap,orang yang suka cakap banyak ni adalah seseorang yang membosankan =_=).so,jadilah cantik luar dan dalam;)
p/s:mak aku pesan,kalo nak carik calon,biar tak cantik rupa,tapi cantik budi bahasa.
Peace no war!=p

Tuesday, March 20, 2012

tangan kasar itu

saat si ayam jantan memulakan tugasnya di subuh hari.
saat itu si tangan kasar itu berdetik bagaikan ada satu kuasa yang membuatnya terdetik.
lantas tangan kasar itu laju menghayun alunan.
alunan yang sudah menjadi rutin hidupnya.
saat itu,si tangan kasar itu terus menghayun tanpa mengenal erti penat.
saat si matahari mengorak langkah ke atas,tangan kasar itu masih beralun.
semakin tinggi si matahari,semakain laju ayunan tangan kasar itu.
kini,matahari sudah berasa malu,lalu tunduk ke bawah,memberi ruang kepada si bulan untuk berbakti.
tetapi,si tangan kasar itu masih beralun mengikut rentaknya.
meski alunannya tidak sehebat kuasa bateri energizer,namun,ia masih gagah beralun.
ya!ia masih beralun.alunan tetap beralun meski si matahari sudah hilang,dan si bulan sudah menarik selimut.
sampai satu saat empunya tangan kasar itu sudah tidak berdaya,alunan terhenti.
berhenti seketika untuk alunan hari esok.

p/s:buat empunya si tangan kasar,terima kasih untuk segalanya.alunan tangan kau itulah yang menjadikan aku hari  ini.terima kasih mak!;)


Friday, March 16, 2012

bila hati dah suka

bila hati dah suka
yang hitam nampak cerah
(ops!hitam itu menawan okeh,hikhik..)
bila hati dah suka 
yang buruk nampak cantik
bila hati dah suka
yang pendek nampak tinggi
bila hati dah suka
yang jahat nampak baik
bila hati dah suka
yang sengal nampak cool
bila hati dah suka
yang rambut serabai nampak macam pelakon korea
bila hati dah suka
yang jalan dongak ke langit nampak stylo
itulah manusia.

hensem kan?
bila hati dah suka....

p/s:luahan hati tanpa sedar.

Friday, March 9, 2012

tak semudah makan biskut oreo


Assalamualaikum.kalau jawab sayang,tak jawab dosa,jawab dalam hati suka.ok,jangan jadi gila.hikhikhik(gelak yang sengaja mintak pelempang).ok,sebenarnya arini tersangat la bosan sampai aku rasa tidur tu pun bosan (ceh,padahal tu la keje mase lapang die).so,aku pon ambil la keputusan untuk membebel dalam blog ni sebab sekarang ni takde sape pon yang bertuah untuk jadi mangsa dengar aku membebel.selalunya mak aku yang jadi mangsa,tapi arini tak leh sebab mak tengah layan citer hindustan.sebenarnya sebelum tangan aku yang halus mulus ni pegang keyboard,banyak giler benda yang aku nak citer.dari aku bangun pagi tadi sebab mengigau sampailah saat aku duduk depan laptop ni.tapi,idea tu ntah mane ntah die lari tiba-tiba je hilang sampai aku pon tak tau nak bebel apa.serius!idea oh...idea!mane kau?(sambil topang dagu ngadap Raymond Goh bace berite).nak tulis pon susah kan?yela,sebab aku bukan seorang penulis yang kejenya tulis manjang.aku seorang gadis yang lemah-lembut,sopan santun,yang suka baca buku,yang suka tengok National Geographic,bla..bla..bla...(hakikatnya adalah sebaliknya).menulis ni sebenarnya tak semudah yang kiter sangka.tak semudah korang call Domino pastu orang tu hantar domino depan bilik korang.tak semudah korang makan biskut oreo (eh,susah ape?kena putar dulu,jilat pastu kena celup..susah gak tu).tak semudah korang buat steady state approximation.menulis ni kadang-kadang memerlukan kesabaran yang tinggi.kalau tak sabar,da lame da laptop ni patah dua sebab malas nak tuggu nak tulis ape.idea tu tak datang lari-lari kat kiter time kiter nak.kadang-kadang biler korang nampak mamat hensem pakai seluar senteng(ala-ala korea),gigi duduk-duduk pon boleh dapat idea nak menulis.tajuk die ‘kau teristimewa’ ahaks!geli nak sebut=P idea ni die macam biskut chipsmore,kejap ade kejap takde.kadang-kadang mase korang tengah tenung Raymond Goh bace berita pon boleh dapat idea.banyak lagi cara idea ni bleh datang contohnya mase korang tengah pikir baju ape nak pakai mase pegi klas esok,mase korang tengah garu hidung,mase korang tengah basuh pinggan and even mase korang tengah masak air nak buat hot choclate pon bleh dapat idea.senang citer,idea tu ade je kat mane-mane.bergantung pada korang sama ada korang peka or pekak.huahuahua...(mintak lempang lagi).ok,tak tau la nak bebel ape malam ni(padahal da bebel kalah PM bentang bajet 2012),tido lagi bagus,esok klas.selamat malam bobok!=p

Saturday, March 3, 2012

USIA


Jika kau mengaduh dirimu gemuk,tidak cantik,kurang menawan...
Mungkin London Weight,Loreal atau Maybelline boleh membantumu
Jika kau mengaduh kereta kesayanganmu rosak..
Mungkin si mekanik setia disisi untuk membantu
Jika kau mengaduh BF/GF kesayanganmu lesap dikebas orang..
Usah khuatir kerna patah tumbuh hilang berganti
Pendek kata apa sahaja aduanmu mungkin akan dibalas atau diganti..
Kau tetap akan mendapat apa yang kau idamkan meski tak sesempurna idaman hati
Tetapi...
Ada satu keluhan  yang tidak mempunyai sebarang gantian mahupun menolongmu walau sedikitpun
Saat kau mengaduh usiamu semakin bertambah...
Ia terus bertambah meski kau menolaknya dengan air mata darah sekalipun!
Itulah yang dinamakan perjalanan usia
Perjalanan yang belum tentu penghujungnya.

Friday, March 2, 2012

The Answer;)

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


video

p/s:tahap kebosanan yang melampau menyebabkan otak seseorang  jadi senget:p