Saturday, September 22, 2012

pak billy;

Assalamualaikum;) Seperti biasa tiap kali hujung minggu aku akan balik rumah dan tiap kali tu juga lah aku kena pergi pasar atas arahan 'bos besar' aka mak aku,hehe..rutin aku macam biasa la,pusing-pusing satu pasar dulu lepas tu baru cari barang apa yang perlu,hehe..nak dijadikan cerita,hari ni aku terserempak dengan sorang uncle ni..aku panggil dia 'pak billy'.dia ni baik orangnya..selalu bagi aku buku cerita.then hari ni pun cakap nak bagi aku buku cerita lagi. Lama juga la kitorang duk berborak..last-last dia cakap nak balik dah,isteri dia tak sihat kat rumah.tapi sebelum dia balik,dia ada cakap.. "Kita ni kalau buat baik dengan orang lain,mesti satu hari nanti kita akan dapat 10 kebaikan dari orang lain masa kita susah nanti" Pak billy cakap itulah prinsip hidup dia..so aku terfikir kejap.betul jugak apa yang pak billy cakap tu..kalau kita buat baik dengan orang lain,mesti orang lain akan buat baik dengan kita balik.kalau kita tak dapat,mungkin saudara-mara kita akan dapat.Kesimpulannya,tak rugi pun kalau kita buat baik dengan orang ni..lagi dapat pahala adalah!hehe..;) Psssstt:renung-renungkan dan selamat beramal!=)

Monday, September 17, 2012

Potluck 0307=D


Assalamualaikum=)

16 September yang lepas,senang cerita semalam..aku dan member-member seangkatan masa sekolah dulu telah mengadakan jamuan hari raya aka potluck!lebih kurang macam small reunion juga la,hehe..memandangkan masa ni la kitorang semua boleh berjumpa,bertukar-tukar cerita tentang diri masing-masing,family,member baru dan tak kurang juga yang bercerita pasal masa depan,jadi riuh-rendah la rumah si Hannah ni.maklumlah,selama ni semua orang busy manjang,kalah Datuk Bandar la katakan,hikhik..owh ye,Hannnah la yang telah berbesar hati untuk sponsor tempat untuk kitorang duduk gather-gather ni,hehe..

semua orang macam excited gila semalam sebab dah lama tak duduk ramai-ramai cerita-cerita,gossip..maklum la,dah lama tak jumpa!hehe..ada yang lepas habis sekolah terus lost contact,then semalam baru jumpa balik..masa ni la semua orang macam back to kehidupan kitorang masa bergelar pelajar STF dulu...teringat balik benda-benda keji yang kitorang penah buat kat sekolah dulu,pasal cikgu,kakak-kakak senior...semualah!pendek kata potluck ni memang sangat awesome sebab kitorang semua memang awesome!:D

Btw,thanx to Hannah sebab sponsor tempat untuk kita semua reunion...sesat juga la masa nak cari rumah si Hannah ni..last-last kitorang pun berhenti la nak tanya sorang aunty yang tinggal kat area tu juga.al maklumla..bak kata Juztin Bieber,malu bertanya sesat jalan,hikhik...so kitorang pun dengan confident nya pergi la tanya kat aunty tu..sekali aunty tu keluarkan GPS dia kau!kelas...semata-mata nak tolong kitorang cari rumah Hannah.Tapi malangnya tak jumpa juga..tapi aku memang tabik spring (toink!toink!) la kat aunty tu,memang terserlah sangat keihlasan hati dia nak bantu kitorang mencari rumah Hannah,hehe...ni la baru rakyat Malaysia,saling bantu-membantu!hikhik..=p rasa macam dah give up,kitorang pun terus call Hannah,bagitau yang kitorang dah sesat,then akhirnya sampai juga kitorang kat sana,hehe...


geng Puteri Saadong!=D


                                            randomly=)
                                                           

                                          
                                    muka ayu je semua,hehe...


                                         

                               but..this actually we are!=p




                          dimana ada makanan,disitu ada kami!=p


 
makanan yang sangat sedap!;p


                              ini studyroom-mate saya!=D


ini pula kuman,dia ni gila-gila juga macam saya=p


                                                       
 here we are!!!:D


                                                    
we're STF-ians,and will always be STF-ians=) 



Psssssstt: maaflah kalau-kalau korang takde nampak any mens here,because this is girls's territory,hehe..and we really appreciate that!=p

ok,bai=p

Saturday, September 15, 2012

Don't if you are not ready!

Assalamualaikum :)

Hari ni merupakan hari kemalasan sedunia untuk aku melihat benda-yang bernama buku ni.Cuma satu buku je yang aku rajin buka hari ni iaitu mukabuku,hehe..tengah aku duk godek-godek mukabuku tu tiba-tiba aku terbaca la satu post ni...

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam , dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

          Notakaki:Haa,amek kau... tiba-tiba rasa seram sejuk je nak kawen.Rasa macam kepala terhempap dengan buah kelapa,no more berangan-angan lagi.

Ya Allah,kurniakan lah aku seorang suami yang soleh,baik,menyayangi aku dan boleh membimbing aku ke syurga...Amin=') 
(doa ni aku selalu baca lepas sembahyang,ustazah kat sekolah dulu yang ajar;))

 Selamat menyambut Hari Malaysia!:D
bai.

Friday, September 14, 2012

jalan-jalan cuci kain..eh,cuci mata lah!=p


Assalamualaikum!:D

memandangkan semalam jadual aku tersangat la kosong,kosong,kosong....(sambil nyanyi lagu najwa latiff) jadi aku dengan kosmate telah berbesar hati untuk meluangkan masa berjalan-jalan ke Alamanda.Niat hati nak pegi makan wafer je sebenarnyer,tapi biasalah kalau dah nama pun perempuan...dah masuk je shopping mall,memang tak reti nak balik..plan yang pada asalnya nak pegi makan wafer je then terus balik terus bertukar bila kaki dah melangkah kat alamanda tu,hikhik..=p dari satu kedai ke satu kedai yang lain kitorang masuk,tapi belinyer tak jugak.saja jalan-jalan cuci mata..cuma kalau ada yang berkenan je baru beli,hehe..so,bakal suami aku nanti kena tahan la semua ni nanti,masuk kedai keluar kedai..tapi don't worry,aku suka tengok-tengok,belek-belek je,tak beli pun,hehe=p

best sebenarnya kalau dapat jalan-jalan dengan member ni..lagi-lagi kalau yang satu kepala.lepas penat jalan,pegi makan jap,nak recharge energy,lepas tu sambung jalan balik,sampai la kau muak tengok shopping mall tu,haha

terkejut sebab itu sebenarnya adalah handphone,bukan botol air =p 
  (ok,tipu.)

 masa ni orang meja sebelah tengah gelakkan kitorang,hehe..malu je=p


ha,ni lah wafer yang kitorang duk mengidam tuh!
(kalah orang mengandung uoolls..=p)

muka tak sabar nak makan,hikhik..

muka orang tengah lapar;p



lepas habis makan dan penat round satu Alamanda tu kitorang pon balik.apa pun,wafer tu memang sedap,tak kempunan dah,haha..
ok la,jangan gaduh-gaduh..peace no war!:D



Thursday, September 13, 2012

mak,selamat hari lahir;)

Assalamualaikum!:D

pagi-pagi gosok gigi,
selamat pagi!hikhik..;p

hari ni aku rasa macam nak senyum je sepanjang hari.bukan sebab aku gila,terlebih makan ubat atau meroyan,tapi sebab hari ni adalah hari jadi mak aku.yela,mak aku..bukan mak korang,hikhik..;p tapi sebab apa aku pulak nak senyum kan?patutnya mak aku la yang senyum lebih-lebih....ha,ni merupakan satu sindrom kalau korang nak tau.sindrom senyum sorang-sorang,haha=p

ok la,sebenarnya aku juz nak cakap.....

mak,selamat hari lahir!
semoga panjang umur dan murah rezeki!
dipermudahkan segala urusan.
semoga dapat cucu banyak-banyak!
dan...semoga dapat menantu lelaki cepat!ahaks!=p 


ha,yang ni mak aku..i love u mak!:D

ok bai!=p