Thursday, March 20, 2014

Edisi Khas:)

 
 
Assalamualaikum:)
 
 
pe habaq??hihihi..
 
rasa-rasanya dah berabad jugaklah aku tak jenguk blog ni.maklum lah,duk bertapa dalam gua,mana bleh on internet,nanti jampi tak menjadi,kehkeh..=p
 
20/3/2014
 
untuk budak-budak yang baru habis SPM,mungkin tarikh hari ni memang duk dalam kepala jela kan..mana taknya,dalam nak tunggu tarikh hari ni sampai..macam-macam benda duk berlari-lari dalam kepala otak tu kan.yela..result SPM nak keluar kot..sape x cuak kan,hehe
 
aku dulu pun macam tu jugak,tapi sebab sekolah aku jauh dekat hujung benua tu ha,sehari sebelum result nak keluar dah kena gerak pegi Johor Bahru,naik train tau..dulu takde lesen kereta lagi..tapi kalo ade pon rase tak nak aku drive sampai Johor tu,jauh bebenor!=p
 
result SPM aku tak gempak pon macam orang lain,dapat 10 A1..aku dapat 7A je.Tapi apepon aku tetap bersyukur...ada hikmahnya.
 
jadi,kepada adik-adik yang baru je lepas amek result SPM korang tu...kalau result korang kebaboom,ucaplah Alhamdulillah..:)
 
tapi pada yang result yang tak berapa nak kebaboom tu tak yah la sedih-sedih...this is not the end!
perjalanan jauh lagi..keep on.
 
Ade sebab kenapa kita dapat macam tu.Mungkin Allah nak uji kita je...nak tengok sejauh mana kita mampu bertahan.
 
yang paling penting,always remember this:
 
Bila mana kita dapat sesuatu ujian dari Allah..itu tandanya Allah masih sayangkan kita:)
 
Adios!
 


Saturday, June 8, 2013

Dinner Fakulti Terakhir:Malam Inspirasi Gemilang:)

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua....

sob..sob..sedih!

Assalamualaikum korang!=')

ce baca lirik kat atas tu..sedih tak?sedih tak?
aku sebak weyh dengar lagu tu.
bukan sebab boipren lari ke ape..tapi sedih nak tinggalkan zaman degree 
(padahal dalam hati kau kemain lagi melompat keriangan kan?)
phew!tinggal beberapa hari je lagi untuk menghabiskan sisa-sisa hidup dekat UPM
yang tercinta ni.
empat tahun kat sini telah banyak mengajar aku erti kehidupan..(asal skema sangat kak oi?)
dekat sini jugaklah dulu kau jumpa cinta hati yang dulunya berjanji untuk sehidup semati..tapi hampeh!kau mati dulu..eh?
dekat sini la kau rasa macam mana perasaan jadi cicak,melekat dekat tingkap bas,bukan tingkap tepi,tak main ar tepi-tepi ni..orang duk kat front mirror je!haha..itu masa 1st year kat sini.
dekat sini lah kau belajar macam mana nak jadi Queen of the Night..eh?*tetiba pulak!

ha,cakap pasal Queen of the Night,minggu lepas aku join dinner lagi.Kali ni anjuran fakulti aku,Fakulti Sains.Memandangkan ini adalah dinner terakhir aku dekat UPM ni,jadi rajinkanlah jugak diri ni untuk join.
Padahal memang nak pon..-_- 
Kan aku dah bagitau dulu,kalau bab-bab makan ni bagi la kat aku,hehe..dan yang bestnya masa dinner tu aku dapat award..Queen Control!
eh!baik sikit..Queen of The Night,hehe:)
lagi nak cerita apa ek?korang tengok jela gambar-gambar tu semua....

pictures tell a thousand words,right?

 BFF:)

 :)

 rasa poyo sangat masa ni!nasib orang meja sebelah tak baling dengan lesung batu,haha

 tangan tu yang penting!kihkih

 dasar perempuan!dalam toilet pun sempat kan?haha

 show me the way...

 hikhik..;)

 konfius mana satu Queen,mana satu King..ke dua-dua Queen?tett...=p

 abaikan tudung aku tu...fesyen baru.-_-



 bergambar dengan Emma Maembong..ko hado?

 dengan pasu pun boleh...

 bergambar dengan meja..lambang kekayaan katanya!haha

 bajet kain kau kembang ke nak buat camtu??

 pilih jangan tak pilih..hehe



 dah yang ni kenapa???



kami kimia!:)

may Allah bless all of us and hope this friendship last till Jannah!:)
Thanx sudi baca!:)

p/s:kepada kawan-kawan selamat menempuh Final Exam yang mendatang dan dapatkan ijazah yang korang idam-idamkan tu!ahaks=p

Friday, May 31, 2013

Cerita VIVA aku.

Assalamualaikum=)

wehooo!dah siap 1st draft thesis..jadi sekarang nak siapkan draft untuk blog pula.Ewah..ewah..kemain kau kan?haha.Sebenarnya,aku nak release stress je ni....sebab baru lepas siapkan 1st draft thesis,minggu depan nak kena hantar softbound dah,I iz risau!

Alhamdulillah,nampaknya saat-saat getir sebagai seorang student Degree akan berakhir tak lama lagi.Semalam aku baru je siap bentang VIVA.Overall ok la,walaupun banyak kena tembak,tapi still boleh tarik nafas lega lagi,hehe.Sebenarnya examiner VIVA aku semalam memang killer la wa cakap lu!Memang saiko gila!Dari cara dia tenung slide aku,muka aku masa present,gaya muka dia yang macam tak paham dengan apa yang aku duk bebel...dah cukup buat kaki gua goyang wa cakap lu..
time soal jawab tak payah cerita la.Since that examiner pun buat research benda yang sama dengan aku,so,soalan dia memang buat kau rasa nak lari je dari bilik mesyuarat tu.Kitorang diberi masa selama 10 minit je untuk bentang slide,lepas tu ada baki 5 minit untuk sesi soal jawab.Rasa macam nak terbelit lidah aku ni sebab nak kena bentang 40 slides dalam masa 10 minit.Then,masa sesi soal jawab tu,5 minit yang dia bagi,rasa macam 1 jam kau tau!

Tapi,dalam banyak-banyak soalan yang examiner tu bagi,soalan ni yang aku paling ingat:
"since you are doing novel antifreeze peptide,are you planning to patent it?"

muahahahahaha=p

Tapi,akhirnya aku berjaya jugak mengharungi saat-saat getir tu,hehe..walaupun ada jugak gagap-gagap masa nak jawab soalan examiner semalam,ada yang macam nak bergaduh..yang penting..
AKU DAH HABIS VIVA!:D

Perasaan masa tu,Allah je yang tau.Hampir setahun tau aku duk bertungkus-lumus menyiapkan projek.Dalam masa nak siapkan tu,korang tak tau berapa banyak benda dah terjadi,berapa banyak tenaga yang dicurahkan,berapa gallon air mata yang dah tumpah (ececeh,tetiba sedih!).

Thank you Allah for make me strong until now!:)

*no caption*

FYP-mate yang cantik!haha

 boipren siap datang bagi support!kahkah..
tengkiu boipren!=p


Thank you all!:)

Tuesday, May 28, 2013

MAK:)

Assalamualaikum=)

Korang sihat?aku macam ni la,masih serabut dengan FYP.Selagi tak hantar thesis tu,selagi tu la hidup aku serabut kalah sabut kelapa.eh?ok,rilek-rilek..takyah nak serabut sangat la,orang lain pun ada projek jugak,ada masalah jugak...so,takyah risau sebab bukan kau sorang je yang serabut.Ada teman!kehkeh.
Hari ni aku bukan nak cerita pasal sabut kelapa ke ape,tapi nak cerita pasal mak.Tak kesah la korang panggil mak ke,ibu ke,ummi ke,mama ke,mummy ke..asalkan bukan puppy.eh?nak kena budak ni,haha. Tadi aku duduk library,penat study aku lepak la kat luar minum Starbuck.
Amboi kemain..Starbuck!padahal mesin air penipu..tekan Cafe Latte,sekali keluar air susu!hangin je..dah la sehengget!Tau tak betapa besarnya nilai sehengget tu dikala keadaan poket kau tengah nyawa-nyawa ikan?

Ha,nak dijadikan cerita..aku duduk la sebelah sorang budak ni...
(Jantina dirahsiakan sebab aku tak sure dia jantina apa,kahkah).
Buat dosa..buat dosa!
Budak tu tengah cakap phone dengan mak dia.Mula-mula aku memang tak amek port pon apa yang dia borak dengan mak dia...tiba-tiba aku dengar  budak tu cakap camni..
’ei,mak ni!’
.Aku yang tengah duk usha pak Arab kat kerusi depan terus berpaling tengok budak tu.Dari muka dia aku tau budak tu tengah marah mak dia.Tak lama lepas tu,budak tu terus blah dari situ sambil bebel-bebel lagi....tak tau la plak aku dia pegi mana.Tak sempat nak tanya,haha.Maaflah,bukan aku sengaja nak curi dengar budak tu borak dengan mak dia,tapi dah dia yang cakap kuat,aku dengar jela.Kang aku buat-buat tutup telinga kang,terasa  pulak dia.

Apa yang aku nak simpulkan kat sini,korang kalau betapa marah pun dekat mak korang..jangan la sampai nak meninggikan suara.Tak baik.Dulu masa mak kau nak beranakkan kau,boleh tak bayangkan betapa sakitnya mak kau masa tu..betapa dia rasa macam dah tak sanggup lagi nak berjuang nak keluarkan kau..
ada dia tengking camni..

“hoi budak,keluar la cepat! penat dah ni aku teran,tak keluar-keluar jugak!” 

(Yang lahir keluar ikut tingkap,tak payah cerita la kan.Lagi merana...dengan perut berjahit.Ish,aku pulak yang ngeri!)

ada?ada mak korang cakap macam tu?tak kan..ini bila dah besar,kau pulak yang nak tengking mak kau tu.Tak rugi kalau kau cakap baik-baik..kalau dengan boipren/girlpren kau boleh cakap lemah-lembut selembut soflan,takkan dengan mak sendiri kau nak cakap kasar-kasar.Ingat,kalau mak kau tak keluarkan kau dulu,takde maknanya kau boleh jumpa dengan abang sayang/adik cayang kau tu.Ingat satu benda ni je..boipren/girlpren kalau hilang,kau petik jari sepuluh yang datang(tapi aku petik,sorang pon takde..I iz sad!).Tapi,kalau mak yang hilang,kau petik la jari ke,petik gitar ke,memang takde ganti dah.

Dalam hidup kita kat dunia ni,kita mengharapkan keberkatan untuk hidup yang aman,damai dan sentosa.(Eh!macam slogan ape ek?ada..tapi aku tak ingat kat mana aku nampak slogan ni)Tapi,bila sampai satu masa nanti,mak kita pergi tinggalkan kita,hilanglah satu keberkatan untuk kita iaitu berkatnya doa ibu.Jadi,selagi mak kita masih bernafas,buatlah baik.Jangan sakitkan hati mak kita.Rajin-rajinlah lah call mak kita..walaupun kadang-kadang tu bila call,baru nak tanya ‘mak dah makan ke?’ lepas tu terus putus sebab kredit habis,tapi sekurang-kurangnya mak kita tau yang anak dia ni ingat kat dia.

Ok lah,penat lah bebel.
Semua ada akal kan?semua dah besar kan?
Adios!

p/s:harap-harap aku tak jumpa budak tu kat library lagi esok,kihkih

Sunday, May 26, 2013

Malam Pesona Bintang:)


Assalamualaikum=)
Pagi yang ceria.Pagi yang indah..macam cik indah.Eh?macam nak kena pelempang je pagi-pagi ni kan.Pejam celik,pejam celik,pejam tak celik-celik....tinggal beberapa hari je lagi bakal mengakhiri zaman bujang.
Eh!salah..zaman menjadi seorang pelajar degree,hehe.Sedih,gembira,sebak,terhatu.Terhatu pun boleh..TERHARULAH!(typo la pagi-pagi ni lepas tu malas nak backspace tapi rajin nak tulis panjang-panjang-_-)

Dalam sedih-sedih,gembira-gembira nak grad ni,merana jugaklah nak sampai ke hari terakhir tu,haha.Kalau luaran tu korang boleh nampak la keayuan kalah ayu raudhah tu..sebenarnya dalaman dia,tak mampu aku nak describe.Ibarat tepung campur butter,campur pewarna,campur gula,campur chocolate chips sket lepas tu masuk dalam mixer.Boleh bayangkan tak macam mana rupa dia?Huru –hara!

Ha,sebenarnya aku bukan nak cerita pasal hidup aku yang huru-hara ni..tapi hidup aku yang penuh bahagia.
Ececeh..penuh bahagia katanya.Bahagialah sebab dapat makan.Selain benda-benda lain yang boleh membahagiakan aku,makanan juga menjadi salah satu alat pembahagia untuk aku.Macam ada yang tak kena je dengan ayat ni,tapi lantaklah,ada aku kesah??=p

17 mei yang lepas,aku join dinner kolej.Ala kolej 15 yang famous amos tu..kalau korang tak tau,lempang sket muka tu.Sebenarnya aku jarang join aktiviti kolej ni,busy mengalahkan Datuk Bandar la katakan..tapi bab dinner,makan-makan ni aku rajin la join,hehe.Tema malam tu adalah ‘BlackRose’.Tapi malam tu aku tak ikut tema pon,buat tema sendiri..’Blue-Black Rose’.Best la jugak,makanan sedap,persembahan best..siap ada Tarian Gelek-Gelek lagi.Ha,rugi tak tengok..kahkah=p

ini baju ittew:)



pegi mana-mana,mesti ada sindrom posing depan cermin=p



dah yang ni kenapa...

terharu angat!=p

cermin mata 'Ibu Mertuaku'

alahai..dapat bunga =')



kenang-kenangan untuk Final year Student:)
 
  

 


Till then,semoga jumpa lagi!
i'm gonna miss all this,student's life=')

Wednesday, May 22, 2013

Cerita Tak Berapa Nak Sedih Aku.


Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari yang sangat menyedihkan.Dugaan datang berselang-seli,macam takde penghujung.
Aku pulak yang penat,penat menangis.Ok,kantoi budak kuat nangis.Malu..lari jauh-jauh*_* 
Hari ni,pukul 4.30 pagi aku dah terjaga,sebab semalam tidur awal lepas makan ubat selsema.
Duk kelip-kelip mata sampai subuh.Lepas siap-siap,pukul 8.30 dah gerak pegi MGI amek result IRI dengan ice morphology aku kat sana.On the way nak balik,tengah-tengah jalan nak turun tangga,boleh pulak jatuh tangga then kaki terseliuh.Cepat-cepat bangun sebab malu orang nampak walaupun kaki tengah sakit.
Allah je yang tau.Syukurlah dekat MGI tu tak ramai manusia yang ada,monyet banyaklah.Takpe,monyet tak pandai gelakkan orang jatuh tangga.

Ok,drive balik UPM,pegi bilik FTIR cek result FTIR dah siap ke belum.Sekali k.Ros pulak takde.Kak Ros ni orang yang bertanggungjawab untuk ‘run’ sample kitorang.Dah dua hari aku pegi,dua hari tu jugaklah dia takde.

Sape taw kak ros pegi mana?pliz..pliz....

dah penat lari-lari,terus pegi duduk library,edit thesis yang tak berapa nak cantik tu.Pukul 2,pegi kelas sampai pukul 4 then sambung duduk library.Kali ni bukan study,tapi aku tidur.Sumpah penat gila!aku tau foreigner meja sebelah tu duk gelakkan aku je duk tersengguk-sengguk duduk kat meja tu.Tidur setengah jam,pastu sambung study Catalyst sebab minggu depan aku ada test.Lecturer aku cakap senang,tapi tajuk yang masuk mengalahkan nak masuk Final -_-
 Study la aku kat situ sampai maghrib.Lepas maghrib,pegi lab komputer dekat library tu sebab nak cek email,nak save contoh slide untuk VIVA aku minggu depan.Sekali bila bukak je folder dalam pendrive....

DAMN!folder kosong.

SEMUA!

dari nota-nota kuliah,result projek aku,dan thesis yang dah di-edit.Rasa macam nak menangis kat situ jugak.Tapi segan sebab Negro depan aku dah pandang-pandang tengok muka aku duk berkerut-kerut dari tadi.Masa tu,aku pikir nak jerit je.
Tapi nasiblah dekat library ada tulis “Dilarang Membuat Bising”.
Jadi,aku kemas-kemas barang terus balik.Dalam kereta,tuhan jela yang nampak,berjurai-jurai air mata ni ha keluar.Kalau tadah aku rasa bolehlah nak buat mandi esok pagi.Nasib baiklah kat tempat tu gelap,takdelah orang nampak aku nangis.Tak nampak muka aku yang herot bengot tu.Aku rasa kucing kalau tengok aku nangis tadi pun dia lari.Takpun, mesti orang duk pikir bukan-bukan.Menimbulkan syak wasangka pulak nanti.Lama jugaklah nangis sampai rasa mata ni dah ada empat.

Ok,chill..chill..jom balik beli coolblog.Bagi sejuk sikit.Baru je akak coolblog tu bagi air kat aku,ntah macam mana plastik dia putus pulak.Coolblog jatuh dan pecah.Tamatlah riwayat secawan coolblog.Hilang selera nak minum dan terus balik.

Call mak,mak cakap,

“sabarlah,mesti ada hikmahnya tu.Allah takan uji seseorang tu kalau Dia tau orang tu tak kuat nak terima”

So aku kuat la kan?Cuma tadi jela aku nangis..ala kejap je pon.
Ok,penat lah bebel.

Keep Calm and Re-write your Thesis=)
Adios!

Monday, May 20, 2013

Sweet Escape:Cameron Highlands :)


Assalamualaikum =)

Dua minggu lepas ittew pegi Cameron!lempang laju-laju sikit..nak ber’ittew-ittew’ pulak.Ha,dua minggu lepas,minggu yang semua orang duk sibuk-sibuk nak mengundi tu,kitorang yang terdiri daripada aku,ika,atin dan adik-adik ika telah bertolak ke Cameron Highlands.Kemain..selalunya orang pegi sana nak honeymoon je=p

Kitorang bertolak dari KL pukul 4 pagi,sebabnya takut jalan jammed..Yela,ahad tu kan orang nak mengundi,so mesti ramai orang yang nak balik kampung.Kalau dah bertolak pukul 4 pagi tu,ditambah pula dengan badan yang tak cukup rehat hari tu,dan terpaksa drive sorang-sorang pulak tu,memang agak mencabar la kan.Mana taknya,pagi-pagi lagi aku dah tercongok dekat lab buat keje sampai pukul 9 malam,balik je kemas-kemas barang terus keluar dari UPM.Nak keluar lambat takut tak boleh keluar pulak nanti.Yelah,pengawal keselamatan kat UPM ni kan semua berdedikasi dan komited bila buat keje....
”anak dara tak baik keluar malam-malam dik”-_-


Kitorang sampai Perak lebih kurang pukul 9 pagi.Memang lama la nak sampai sebab berhenti makan la,toilet la,macam-macam la..huhu.Sampai je Perak kitorang terus amek atin then teruskan perjalanan naik Cameron.Memandangkan itu kali pertama aku drive sejauh tu,jadi terpaksa la drive slow-slow.Yela,lagipun dah la aku bawak anak orang,kang jadi pape,gilo kau nak menjawab,kehkeh. 
Perjalanan nak naik ke Cameron lebih kurang satu jam setengah.
Sampai-sampai je kat atas tu,kitorang terus singgah dekat Avant Chocolate.Mula-mula memang agak jakun la kan..satu sebab sejuk,lagi satu sebab nampak strawberi berlambak kat sana.
Kalau kat sini,nak beli strawberi buat pavlova pun memilih,amek yang paling murah!kihkih..tapi kat sana orang jual strawberi macam jual goreng pisang kat sini.
Owh ye,kat atas tu aku tak jumpa pulak orang jual goreng pisang.Macam ada peluang nak bukak bisnes goreng pisang je kat atas tu..hikhik.
Dekat Avant Chocolate tu korang boleh makan pelbagai jenis pemanis mulut yang berasaskan strawberi.Memang sedap!Dan korang boleh beli pelbagai jenis coklat.
Dah nama pun Avant Chocolate kan,mesti la ada jual coklat,hehe..yang paling penting,coklat dia  sangat comel.Maksud aku,bungkusan dia.Macam-macam decoration ada.
Dekat situ jugak dia ada tanam banyak bunga yang super zantik!Daripada tak berapa nak minat bunga,aku terus jadi minah bunga hari tu,kehkeh.

orang yang tengah bercinta disarankan beli supaya cinta korang bertambah suweet..ahaks!

ha,pilih-pilih...jangan tak pilih.

So,kami telah memilih ini..anda bila lagi?hikhik




dah kenyang boleh la tersenyum lebar cenggini,cuba kalau tengah lapar,tak ke macam kucing nak bergaduh muka tu?haha

itu eskem strawberi,sangat sedap!




ha,ni minah bunga sesat=p

Next station,kitorang stop dekat Strawberi Souvenir Centre.Kat sini korang boleh beli macam-macam souvenir untuk dibawa pulang untuk orang-orang tersayang!Tapi aku tak beli pape pon sebab aku nak survey dulu kedai mana yang murah,hehe..selalu dah buat macam ni,kalau pegi shopping mall,aku akan tawaf dulu satu shopping mall tu survey harga,dah puas hati,baru beli.Kaktus pon ada jual kat sini taw.




Perjalanan diteruskan dan tempat seterusnya adalah Cameron Valley,Bharat Plantations.Kat sini korang boleh tengok rupa sebenar pokok teh.Yelah,selama ni duk tengok teh dalam uncang tu je kan?Kat sini korang boleh tengok daun teh tu macam mana.Tapi,korang tak boleh petik daun dia.Sehelai daun yang korang petik,sila bayar RM50 ye.Baik pegi beli strawberi duit banyak tu,makan sampai kembung.Tapi kan,kalau teringin jugak nak rasa petik daun teh tu,try la hantar resume dengan job application dekat HR Bharat Plantation tu.Mana tau kot-kot ada keje kosong jadi pemetik daun teh..kelas kau!haha




pokok loceng :)

ini ladang aku yang punya!!haha

Ha,dalam banyak-banyak tempat aku rasa kat sini paling best.Lavender Garden.macam yang aku cakap,aku bukanlah peminat bunga,tapi bila sampai sini terus gila meroyan kau bila tengok bunga lavender kembang mekar di taman,hikhik.Tak payah nak tunggu pegi oversea nak tengok bunga,kat sini pun dah cukup.Bayaran untuk masuk kat sini adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.



nak menangis ok tengok bunga ni =')



kat sini pun ada love-lock macam dekat korea tu.
Tak payah nak pegi jauh-jauh..-_-(percakapan mereka yang hampa tak dapat pegi korea ='(  )



besar gila labu ni!makan setahun pun tak habis=p

memang suka amek gambar poyo gini..hikhik

sebab ramai yang amek gambar kat sini,kitorang pun nak jugak!hehe

sebelum balik jangan lupa singgah makan jagung manis :)
cedap angat!(tampar laju-laju)

Malamnya pula,kitorang pegi jalan-jalan dekat pasar malam Brinchang.Lepas dah penat berjalan dari pagi sampai la ke petang,balik hotel then tidur.Owh,kat sana kitorang stay dekat Equatorial Cameron Highlands.Kat sana,kalau malam tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat.So,kitorang pilih untuk terbongkang je dalam bilik.Lagipun cuaca masa tu sangat sejuk sebabnya petang tu hujan so, kitorang hanya duduk bergulung je dalam comforter macam ulat daun,kihkih.







Esoknya,5 mei 2013,kitorang siap-siap kemas barang untuk check-out.Nak pegi mengundi!kehkeh..sejak bila ntah jadi penduduk Cameron,tiba-tiba nak mengundi kat sana,haha. Sebelum balik,kitorang singgah satu kedai yang ada jual pelbagai jenis kaktus.Ika beli pokok untuk bagi mak dia sempena Hari Ibu.


bye..kitorang nak balik dah..sobs..sobs..='(





ha,kalau pegi Cameron kau tak try strawberi celup coklat ni,baik pegi terjun gunung,kehkeh

Jalan lagi,kitorang singgah dekat satu ladang teh ni (tak ingat nama dia apa).Jalan-jalan amek gambar,makan scones,lepas tu terus gerak pegi cari tempat tanam bunga ros.Sampai sesat-sesat nak cari tempat tu,sekali sampai sana kena bayar pulak kalau nak masuk.Bukanlah kedekut,tapi tengok tempat dia biasa je,tapi kena bayar.Kalau cantik macam Lavender Garden berbaloi jugak lah nak bayar.Terus reverse kereta then pegi Tanah Rata.Breakfast kat sana sebelum balik rumah.



Emma Maembong sesat kat sana=p

Scones,satu set RM12.00.

kakak bagi adik makan :)

Kitorang sampai KL lebih kurang pukul 5 petang.Sampai-sampai bilik kau tak payah cakap la letih dia.Memang terbongkang jela la kan.

Ok,sampai sini je.Rasa macam tulis thesis pulak panjang-panjang gini.

Semoga jumpa lagi Cameron!=)