Saturday, September 15, 2012

Don't if you are not ready!

Assalamualaikum :)

Hari ni merupakan hari kemalasan sedunia untuk aku melihat benda-yang bernama buku ni.Cuma satu buku je yang aku rajin buka hari ni iaitu mukabuku,hehe..tengah aku duk godek-godek mukabuku tu tiba-tiba aku terbaca la satu post ni...

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam , dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulah saya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

          Notakaki:Haa,amek kau... tiba-tiba rasa seram sejuk je nak kawen.Rasa macam kepala terhempap dengan buah kelapa,no more berangan-angan lagi.

Ya Allah,kurniakan lah aku seorang suami yang soleh,baik,menyayangi aku dan boleh membimbing aku ke syurga...Amin=') 
(doa ni aku selalu baca lepas sembahyang,ustazah kat sekolah dulu yang ajar;))

 Selamat menyambut Hari Malaysia!:D
bai.

Friday, September 14, 2012

jalan-jalan cuci kain..eh,cuci mata lah!=p


Assalamualaikum!:D

memandangkan semalam jadual aku tersangat la kosong,kosong,kosong....(sambil nyanyi lagu najwa latiff) jadi aku dengan kosmate telah berbesar hati untuk meluangkan masa berjalan-jalan ke Alamanda.Niat hati nak pegi makan wafer je sebenarnyer,tapi biasalah kalau dah nama pun perempuan...dah masuk je shopping mall,memang tak reti nak balik..plan yang pada asalnya nak pegi makan wafer je then terus balik terus bertukar bila kaki dah melangkah kat alamanda tu,hikhik..=p dari satu kedai ke satu kedai yang lain kitorang masuk,tapi belinyer tak jugak.saja jalan-jalan cuci mata..cuma kalau ada yang berkenan je baru beli,hehe..so,bakal suami aku nanti kena tahan la semua ni nanti,masuk kedai keluar kedai..tapi don't worry,aku suka tengok-tengok,belek-belek je,tak beli pun,hehe=p

best sebenarnya kalau dapat jalan-jalan dengan member ni..lagi-lagi kalau yang satu kepala.lepas penat jalan,pegi makan jap,nak recharge energy,lepas tu sambung jalan balik,sampai la kau muak tengok shopping mall tu,haha

terkejut sebab itu sebenarnya adalah handphone,bukan botol air =p 
  (ok,tipu.)

 masa ni orang meja sebelah tengah gelakkan kitorang,hehe..malu je=p


ha,ni lah wafer yang kitorang duk mengidam tuh!
(kalah orang mengandung uoolls..=p)

muka tak sabar nak makan,hikhik..

muka orang tengah lapar;p



lepas habis makan dan penat round satu Alamanda tu kitorang pon balik.apa pun,wafer tu memang sedap,tak kempunan dah,haha..
ok la,jangan gaduh-gaduh..peace no war!:D



Thursday, September 13, 2012

mak,selamat hari lahir;)

Assalamualaikum!:D

pagi-pagi gosok gigi,
selamat pagi!hikhik..;p

hari ni aku rasa macam nak senyum je sepanjang hari.bukan sebab aku gila,terlebih makan ubat atau meroyan,tapi sebab hari ni adalah hari jadi mak aku.yela,mak aku..bukan mak korang,hikhik..;p tapi sebab apa aku pulak nak senyum kan?patutnya mak aku la yang senyum lebih-lebih....ha,ni merupakan satu sindrom kalau korang nak tau.sindrom senyum sorang-sorang,haha=p

ok la,sebenarnya aku juz nak cakap.....

mak,selamat hari lahir!
semoga panjang umur dan murah rezeki!
dipermudahkan segala urusan.
semoga dapat cucu banyak-banyak!
dan...semoga dapat menantu lelaki cepat!ahaks!=p 


ha,yang ni mak aku..i love u mak!:D

ok bai!=p

Saturday, June 23, 2012

bebel lagi=p

"alang-alang study,biar sampai lebam"!ahaks!=p

Assalamualaikum=)

akhirnya berakhir sudah semester 6!!yabedabedooo!!!!(xyah nak bedabedoo sgtla,lepas ni kena pegi praktikal)

yes2!!tak payah nak mengadap buku dah,tak payah nak tido atas nota lagi,tak payah tongkat mata ngan batang mancis taknak bagi ngantuk lagi dah(over!*_*).final exam dah abeh,lepas ni kena mengadap penyelia praktikal pulak,hikhik..mintak2lah dapat penyelia yang encem=p (ceh!nak yang encem je,hehe)

lepas cuti sem 2 bulan ni akan mengadap Final Year Project aka FYP pulak.hope everything will be ok=)since tajuk FYP aku adalah organic chemistry,Rational design and synthesis of novel antifreeze peptide (amek kau!),so mase cuti nanti kena study balik la pasal organic tuh sume..sumpah!banyak nak kena baca balik,huhu...

ok,tak sabar nak balik sebenarnya ni,hehe..tak sabar nak main masak-masak kat rumah.seriously,banyak giler resipi yang aku dah curik dari pakcik google,hehe..tapi tak tau la sempat ke tak nak cuba resipi tu sume,memandangkan lepas nih akan full time being an internship student sepanjang cuti sem ni,hehe..Clariant,here i come!pliz be nice to me,hikhik...

ok,sekarang tengah pikir macam mane nak bawak turun barang-barang nak bawak balek umah ni,huhu..n tengah pikir alasan apa nak bagi kat mak supaya mak tak bebel tengok barang banyak sangat,hikhik...any idea?=p
 yang ini,

  
plus yang ni,hehe...=p

 

ok la,selamat bercuti!selamat berpraktikal!selamat hari raya!!!!=p
ingat,masa cuti jangan mandi sungai,nanti lemas.(motif?)

bai!=p

Monday, June 18, 2012

nak kahwin la!=p

Assalamualaikum!=)

kelas kau Jah,orang lain study,kau boleh sibuk update blog lg=p
ala,bukan apa...ni saje nak amek mood nak tido,haha...alasan!
tengah boring-boring tadi bukak la mukabuku,then biler bace status orang lain banyak yang post pasal orang baru kahwin,nak kahwin,nak clash,nak cerai(yang ni tipu je=p)...haish,macam-macam!hehe
yang baru kahwin tu,congrates!yang nak kahwin tuh pon congrates jugak=)
tak kurang jugak pada orang yang post nak kahwin,tapi takde calon lagi...congrates jugak sebab korang ade niat nak kahwin,hikhik...(gelak gedik)

tapi malam ni bukan nak citer sape yang baru kahwin or yang nak kahwin or yang nak kahwin tapi takde calon...arini nak share ngan korang satu artikel yang aku bace kat mukabuku ni,hehe
tips yang sangat sesuai untuk wanita a.k.a muslimah yang single pringles yang sedang carik calon tuh,hehe...(untuk diri sendiri jugak=p)

TADAAA!!!!!!!!!!


ok lah,selamat mencari!=p
bai.

Sunday, June 17, 2012

my ultraman,my superman,my superhero!=p

he is the person that never say NO to me.
NEVER!
never stop to make me smile
and......
he is my  lovely AYAH=)

HAPPY FATHER'S DAY ayah!!!:D

Tuesday, June 12, 2012

pyjamas party=p

Assalamualaikum=)
hope u'oll have a happy tuesday today!ngehngeh..
*gedik yg mintak penampar again
22.
i've 22 shawls
i've 22 shoes.
i've 22 baju kurung.
i've 22 brooch.
AND...
.
.
.
.
.
.
i'm lying!=p
sori,masuk air sket sebab baru abeh 1st paper untuk final today,hikhik
yes,i'm 22 already!
22 tahun 3 hari;)
(lambat update sebab terlalu busy jaga anak=p)
thanx alot for all the wishes:)
thanx mak,thanx ayah
for being patient dengan ur only daughter yang mengada-ngada ni,ngehngeh
umur je tua,tp perangai kalah budak2,ngehngeh
thanx alot jugak pada bestfriend terbaik!
(ingatkan black-out,rupenyer....surprise!!hikhik)









and kepada kawan-kawan yg wish,THANK YOU SO MUCH!
trust me,i'm very happy
happy sampai nak nangis
*ok,over..*_*
kbai.

p/s:tengkiu jgak yg bg hadiah!ngehngeh=p