Tuesday, May 3, 2011

*pesan nenek kebayan*

Assalammualaikum semua!!!!!:D
korang sume da makan???
sape yg blum mkn lg tuh bguslah!bace entry nih dlu then bru g mkan,hehe....
sesape yg dah makan,kna bace gak utk practice for the next meal,hehe..:p
bunyi cm gempak je kan...sebenarnyer xde pape pon,just a little bit advices yg agak bermanfaat jugak la utk korg sume,hehe..:p
kt bawah ni sume adalah beberapa pantang larang yg korg perlu ikut kalo nk hidup lame!haha..:p
*ajal dan maut di tgn tuhan,kita hanya berusaha,huhu..;)
jom baca!:)

1.   Jangan merokok– kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi… ingat tuh!)
Jangan merokok tau...!
2.  Jangan terus makan buah-buahanMemakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam
sebelumnya …
sedikit info tambahan: you all tau tak kalau kita ‘consume’ mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan.
Eat fruits BEFORE you eat your meal...got that...?
3.  Jangan minum teh Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan  lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan, yer…
tea_cup_small
4.  Jangan longgarkan tali pinggang andaMelonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat … huhu …

5.  Jangan mandiTerus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, mak bapak kita selalu pesan kalau mandi lepas makan, perut buncit… :-D .. So, baik you all ikut jer nasihat nie..:-)

6.  Jangan berjalan-jalanAda pepatah Inggeris yang berbunyi “Walk a hundred steps after a meal, then you’ll live till 99″…:-) Hakikatnya, ini tidak benar. Actually, berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh pi berjalan-jalan…

7.  Jangan terus tidurBiasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Kalau ikutkan hati, best nyer dapat tido terus…huhu.. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tido. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. Kita juga mungkin mudah mendapat ‘heart burn’ atau pedih ulu hati… So, janganlah ikut seperti En. Homer di bawah nie yer…
Sleeping on a FULL stomach...bad example, Homer!