Friday, December 23, 2011

cerita si matahari.


Jika ditanya pada angin,mengapa kau berdesir perlahan?
Dijawab angin,kerana aku adalah angin
Jika ditanya pada hujan,mengapa kau turun mencurah ke Bumi?
Dijawab hujan,kerana tanpaku bagaimana si tumbuhan mahu hidup?
Jika ditanya pada bintang,mengapa kau hanya sebutir yang bersinar dikala malam?
Bintang menjawab “kerana aku menemani si bulan menerangi Bumi yang kelam”
Jika ditanya pada bulan,mengapa kau bersinar sedangkan ada si bintang?
Jawab si bulan,kerana tanpa bulan si bintang takkan berseri
Jika ditanya pada matahari,mengapa kau bersinar?
Jawabnya,kerana aku adalah matahari
Matahari yang menyinari seluruh isi Bumi
Tanpa aku,bulan,bintang mana mungkin bersinar .
Tanpa aku Bumi ini akan hilang serinya
Oleh itu....
Jadilah seperti si matahari
Bukan si angin yang tidak tahu apa-apa
Bukan si hujan yang fungsinya hanya satu
Bukan si bulan dan bintang yang hanya bergantung pada satu sama lain
TETAPI
Jadilah seperti matahari yang berdikari
Yang punya nilai tersendiri
Yang menjadi tunjang kepada yang lain
Yang apabila hilangnya ia,seluruh makhluk meratap sepi

Saturday, December 17, 2011

engkau adalah engkau.dia adalah dia.

Aku sering tertanya-tanya...
Mengapa aku tidak seperti mereka?
Mengapa aku tidak bijak seperti mereka?
Mengapa aku tidak cantik seperti mereka?
Mengapa aku tidak punya harta seperti mereka?
Mengapa aku tidak segembira mereka?
Mengapa aku tidak sehebat mereka?
Mengapa aku tidak punya peluang untuk berkasih sayang seperti mereka?
Mengapa aku tidak punya peluang untuk berjaya seperti mereka?
Mengapa balasan yang aku terima tidak setimpal dengan usahaku,padahal mereka yang hanya usaha sedikit mendapat balasan yang hebat?
Mengapa tiap kali aku mencuba sesuatu,tiap kali itulah aku gagal?
Mengapa?Mengapa?Mengapa?
Persoalan yang terus berlegar seperti bulan dan Bumi.
Persoalan yang sering mengganggu benak fikiran.
Persoalan yang bagaikan tiada jawapannya.
Persoalan yang tiada siapa yang tahu selain Yang Maha Kuasa.
Tetapi,hari ini jawapannya telah terungkap
Jawapannya hanya satu....
kerna engkau adalah engkau.
Dia adalah dia.
Memang manusia itu sama,
tetapi setiap manusia itu telah ditetapkan sejarah hidupnya sejak di Luh Mahfuz lagi.
Jadi jangan pernah kau mengeluh jika kau tidak punya seperti mereka kerna Yang Maha Esa itu lebih tahu apa yang terbaik untukmu.
Jika kau mengeluh,itu bermakna kau tidak suka dengan pemberian-Nya.
Pemberian dari yang tersayang,masakan bisa di tolak bukan?

Tuesday, December 6, 2011

ibu,mak,ummi,mama or mummy?

"ketika Allah menciptakan seorang ibu,Dia mengadunkannya dengan bahan 
yang istimewa dan tahan lama.Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran,tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya.telinga ibu haruslah mempunyai dimensi yang sngat kuat,yang di cipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis.Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu.Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar.Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka.

"di kelopak mata si ibu,Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya.Air mata itu adalah haknya,dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu pada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya.Air mata tika menahan derita daripada karenah anak-anak yang sering menyakitkan,ataupun air mata gembira atas kejayaan anak-anaknya"

p/s:sayang mak!;)

Sunday, December 4, 2011

ke petrosains la kiter!


hye!hye!
tora datang lagi!*tibe2 plak kan...
ok,last friday kitorang,i mean my coursemates and me pegi PETROSAINS.korang ade?
*ceh,berlagak la plak,haha
actually trip ni memang kitorang wajib pegi,bukan kitorang saje2,suke2 (and yang seangkatan dengan nyer la kan) pegi sini.
tapi ape yang aku nak cakap kat sini,trip ni memang best!
yela,ni la 1st time kitorang satu kos keluar same2,pegi jalan2 kluar dari upm ni....(kesian giler kan?)
whateverlah!janji dapat makan secret recipe....
(eh!tibe2 plak...)
ni la antara aksi2 dramatik kitorang kat sana,kalah budak2 skolah!

 eh,eh....kamera la,cepat pandang!

 awatnyer tak leh tutup lak beg ni....haish!

 *mak saye paling marah kalau buat muke mcm ni,die cakap nanti xde orang nak masuk minang biler tengok,LOL

 ina,azrin,tirah and zati

eleh,ko ingat ko cantik?

 *muka excited nak pegi;p

 peace no war!

 khusyuk btol!

 hai,saye da sampai petrosains!

 najat: taknak lah pandang kamera,malu!:p

 dulu mase kecik2 cita2 nak jadi penyanyi nasyid:p

 tadaaa!!!!!aku ade tiket,kau ade?

 cak!:p

ada orang cakap baju kitorang macam promoter kosmetik,LOL

 mak,kesian anak mak kena tinggal tepi jalan..:(

 priceless!well,orang melaka memang murah dengan senyuman;)

 kan best kalo t-rex ade lagi,bleh tolong dodoikan aku biler nak tido:p

 game2 ni kitorang suke la!

 jom pegi pelantar minyak!;D
*mell,muke xyah nak excited sgt ea...haha
*imran,malu2..haha

kami serupa.erk!

 me myself don't know what i'm trying to do at that time..haha

 tak senonoh betul!behave please!;p

 *some of my coursemates
-mizan,imran,mell,ikha,me,awi,denis,ina and zati

*yang ni muke mintak pelempang!
-penat kot naek gondola;p

ok,that all from us.
thank you for watching;)
kbai.

selamat menjadi pelengkap hidupku;)

assalammualaikum!(tak jawab dosa,kalau jawab sayang;p)
okeh,rase macam da lame tak membebel kat sini...biase la,busy dengan study,assignment yang tak penah nak bagi peluang aku nak enjoy time weeekends,busy dengan wedding along(asek balek umah je,teman mak beli barang2),lagi...busy dengan boyfren yang asek merajuk mintak kena lempang(@_@ dalam mimpi je),busy dengan anak2 yang mintak belikan lori mainan,anak patung barbie..ok,enough!*better to stop here before getting worse..haha (merepek dan berangan adalah hobi saya)

............................................zahiril adzim dah kawen!(lambatnyer aku respon,orang laen da berkurun kot taw and update pasal zahiril ngn shera)

congrates to both of you,korang memang comel,macam pinang dibelah lapan pastuh belah lagi lapan,err..8_8
tapi dalam banyak event dalam wedding diorang the most part yang aku shukew tangat2 ialah part zahiril buat special puisi untuk shera.soooo sweet......=_=
cube korang bace puisi die ni.....

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
 
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

sweet kn?actually it's not just sweet,it's too sweet!untungla ade orang nak buatkan puisi untuk kite....@_@
kbai.
 

Wednesday, November 16, 2011

kehidupan

jika kau diberi pilihan antara putih atau hitam
pilihlah hitam kerna tanpa hitam pudarlah seri si putih
 
jika kau diberi pilihan antara kaca dan permata
pilihlah kaca kerna mungkin kaca yang dipilih lebih bernilai dari si permata
 
jika kau diberi pilihan antara madu dan racun
pilihlah racun kerna mungkin itu penawar bagi hidupmu
 
jika kau diberi pilihan antara terang atau gelap
pilihlah kegelapan kerna tanpa kegelapan kau takkan tahu betapa bernilainya terang
 
jika kau diberi pilihan antara lapang atau sempit
pilihlah sempit kerna mungkin lapang itu akan membuatkan kau leka
 
p/s:jangan terlalu mencari kesempurnaan dan keselesaan dalam kehidupan kerna kesempurnaan dan keselesaan itu membuatkan manusia hilang kewarasan dan kemanusiaan

Sunday, November 13, 2011

131113

"ikut hati,mati"
"ikut rasa,binasa"

Sometimes we need all these things to complete what is lacking in our life.
Sometimes it helps us alot to decide which one  is the best.
and Sometimes 'ikut kata hati' much better than anything else
but don't forget to bring along your brain.
because that is the difference between human and animal.

the title of this post is not related to anything

Thursday, November 10, 2011

seindah kata,secantik bahasa


Aku ingin menjadi..............
wanita yang disinari nur Illahi di wajahnya
bukan mekap tebal penghiasnya
Aku ingin menjadi...............
wanita yang tinggi akhlaknya
bukan wanita yang tinggi egonya
Aku ingin menjadi...............
wanita yang sopan langkahnya
bukan wanita yang sasar tujuannya
Aku ingin menjadi.................
wanita yang cerdik,secerdik Saidatina Aisyah
wanita yang tabah,setabah Saidatina Khadijah
wanita yang tinggi pengorbanannya,setinggi pengorbanan Sumaiyah Ummu Ammar
wanita yang cantik,secantik Ainul Mardiyah
wanita yang ikhlas perilakunya,seikhlas Rabiatul 'Adawiyah
wanita yang taat pada suaminya.setaat Saidatina Fatimah Az-zahra pada Saidina Ali
dan bukanlah wanita yang jauh..............
Al-Jannahnya. 


nukilan hati dikala assignment berlambak

Tuesday, November 1, 2011

penah tak?

Allah tak adil?
memang....memang sume orang akan cakap macam tu biler ditimpa sesuatu kesusahan,biler ape yang dihajati tak dapat ditunaikan dan biler pe yang dirancang tak menjadi....tapi penah tak kiter terpikir kenape sume tu berlaku ?dan kenape kiter yang terpilih untuk terime semua tu dan bukan orang laen.
'everything happens for a reason'
this phrase looks simple but it described thousands meanings.YA!percaye la setiap yang berlaku tu mesti ade hikmahnyer dan hanya DIA saje yang tahu kenape sume tuh jadi...
contohnyer kalo kiter gagal dalam study.padahal blaja bagai nak rak,kalah einstein...tapi result?hampeh...then mule la kiter nak compare dengan member2...mule la nak salahkan orang laen,then cakap Allah tu tak adil sebab member kiter yang study 'lek2' je pon dapat result giler gempak....tapi,penah tak kiter pikir nape sume tu jadi?yakinlah,tu sume ujian Allah untuk diri kiter dan sememangnyer DIA lagi taw pe yang terbaek untuk kiter..mungkin biler kiter dapat result gempak,kiter akan jadi malas nak study,then study pon sambil lewa je...sebab tuh Allah jadikan sume tuh,supaya kiter akan 'keep trying'.

contohnyer lagi biler kiter putus cinta.mule la nak nangis macam la baru mati laki.macam la die sorang je lelaki or perempuan kat dunia ni...
*kalo nanges comel cm baby ni xpe gak,ni tak...macam&%@@$$
(aku la tu,haha)


lepas tuh mule la tak lalu nak makan,tak lalu nak study,tak lalu nak mandi(pengotor giler),tak lalu nak buat sume mende la....pendek kata,sume nyer tak lalu la,sampai nak lalu-lalang pon tak lalu(ok,start merepek:p) tapi,penah tak kiter pikir nape sume tu jadi?nape kiter bercinta lepas tu clash,biler bercinta je asek clash memanjang...penah tak kiter pikir mungkin Allah bagi kiter kenal dengan orang yang salah dulu then lastly baru kiter jumpe the right one supaya kiter boleh taw pe yang kurang pada diri kiter so that kiter bleh betolkan dan menjadi seorang yang lebih baek dari dulu...penah tak?sebab.....Allah da janji,'perempuan yang baek adalah untuk lelaki yang baek dan sebaliknya'.so,that's why la kiter kena go through sume ni in process untuk kiter berubah menjadi seorang yang baek:)(aku rase macam tu la,tak tw la korang mcm mne kn)


.......korang penah tak terpikir sume ni?
(renung2kan dan selamat beramal!)

p/s:sori la kalo aku terlalu serius bercerita:p

Sunday, October 30, 2011

meroyan

sumpah aku tengah meroyan skarang!sume gara-gara asignment KTO yang haru tu...hidup aku jadi huru-hara.makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena (yang ni aku tipu je).kenape lah aku kena buat sume mende ni??benci btol la buat mende yang aku sendiri tak paham...seksa jiwa ngan raga taw x?(hope Dr ........ bace).kenape lah aku amek kimia?kenapa tak amek pendidikan khas untuk kanak2 je kn dlu...senang,jd chegu tadika je (amboi,ko ingat senang nak jd chegu tadika?)


ok,stop merepek!(makan kerepek lagi bagus).sebenarnyer kimia tuh senang je,kacang sangat!(makan kacang cap ibu jari tu pon tak senang macam buat kimia).tp sebab aku ni yang malas blaja,dats y mende tuh jd susah...so,lepas ni rebus semua buku kimia then buat minum,mandi n kalo nak buat masak pon bleh(org tua2 cakap kalo nak berkat buat la gitu).tp seyes,assignment kali buat aku btol2 rase macam nak lari jauh2 pegi Nepal ke,naek Everest ke so that lecturer tak jumpe aku then aku tak payah buat asignment bagai and tak payah pening2 nak pikir psal prensentation bagai..

tp sume tuh mimpi je...takyah nak berangan sangat!kalo lari pon tak de duit,so useless je lari jauh2,lagi menyusahkan hidup je nanti.so,the best decision yang aku da buat adalah siapkan asignment ni by hook by crook(kalo Dr ....... dengar sure die bangga sebab jd lecturer).mak aku da pesan;kalo buat satu2 keje tuh,siapkan sampai abeh sebab takde orang laen nak tolong siapkan keje ko tuh;)okeh,jangan putus asa,struggle till the last ink!(ink printer la)


ni member aku kasi time matrix dulu  <3

okeh2,jom dengar lagu ni dulu,bagi hilang stress nak buat keje;)

 

baeklah,selamat menyambung buat assignment!
hati2 di jalan raya,ingatlah org yg tersayang!;)

Saturday, October 29, 2011

Friday, October 28, 2011

aku benci kau!

AKU BENCI KAU!!!
kenape la ko kena muncul dalam hidup aku....
dulu mase ko takde,hidup aku aman je.........
bahagie,senyum memanjang.....(kalah spongebob)
*spongebob senyum ke?
tapi biler ko datang dalam hidup aku,sume jadi huru-hara....
sume benda aku nak baling biler gaduh ngan ko....
mood study aku hilang biler ko kacau aku..
KENAPA???????
AKU BENCI KAU!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.HA,KAU LA......LIPAS DURJANA!

aku tak kacau ko pon..
nape ko suke2 terbang sane sini...
macam guard lak nak ronda2 malam2 ni..
tolonglah pergi dari hidup aku,tolonglah.............
sebelum aku pukul ko ngan penyapu!

nukilan hati org yg takot lipas

Thursday, October 27, 2011

tiada erti

apalah ertinya sebuah senyuman jika hati menangis sepi
........tiada erti........
apalah ertinya menganyam kasih jika sakitnya tidak terperi
........tiada erti......
apalah ertinya menabur janji jika diri kaku sendiri
......tiada erti.......
apalah ertinya terus setia jika diri dipandang hina
.......tiada erti........
apalah ertinya hidup sendiri jika diri meratap sepi
.......tiada erti.......
apalah ertinya jari di keyboard menari-nari jika...................................................
ASSIGNMENT tidak sempurna lagi
....................TIADA ERTI.......................

moral of the story:benti la buat esemen kalo korang da tak larat,takut jadi macam ni:p

Friday, July 8, 2011

fruit cocktail nora elena:)

helo!helo!and...............................helo!!!:D
 hehehehehehehehhe...arini xtvt seperti biase la kan,work as bibik kt umah sendiri :p korang ingat senang ke nak jadi bibik ni?bangun pagi2,terjun je katil terus pegi capai penyapu sebab mak aku die bising kalo umah x bersapu..nanti kalo tak buat korang siap sedia jela telinga korang tuh nak mendengar mak aku bebel kalah siren bomba nak g padamkan api umah terbakar,haha..*mak aku taw ni abeh aku kena goreng:p 
lepas da bersihkan umah sume,aku kena ikot mak aku pegi pasar pulak.cehh..rajen anak dara ni pegi pasar kan,haha...hari2 pegi pasar sampai kalo de 1 hari tu aku tak pegi pasar orang2 kt pasar tu siap tanye mak aku "aik,itu anak dara mana,off ke arini"hehe..........begitulah rutin aku setiap pagi:)
okeh,nak cerite sebenarnyer arini ntah mimpi pe ntah aku tetibe ngidam lak nak makan fruit cocktail yang de campur ngan susu tu...pergh!kalo letak ais sure tak tido malam,haha..:P
so,dengan pantas aku ajak la mak aku pegi Giant,nak pegi beli bahan2 nak buat mende alah tu,hehe..
kalo korang nak tw nak buat fruit cocktail ni cam mne,ha....kt bawah ni de cara2 die:)

BAHAN-BAHAN:
  • 1 tin besar fruit cocktail
  • 1 tin susu cair
  • 3-4 sudu besar gula(ingat!kurangkn gula dalam masakan,tambahkan gula dalam senyuman:))
CARA-CARA:
  • Masukkan susu cair dan gula ke dalam periuk dan masak seketika.step ni just nak cairkan gula so api x perlu lah terlalu besar,nnt korang punyer fruit cocktail nora elena korang tuh,hehe.
  • Tuang fruit cocktail ke dalam adunan susu tadi then gaul2 sket
  • Sejukkan seketika. Bila nak makan, letak la ais sikit. 
                         tadaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!da siap:)

                           fruit cocktail nora elena:)
                        
                           SELAMAT MENCUBA!:)

Wednesday, June 29, 2011

arini saye buat kek batik:)

hehehe.

hari nih sgt memenatkan b'banding hari lain kn..(xtvt harian:makan dan tido),pagi kena pegi dengar ceramah pra L (amek lesen bawak kete kebal).arini 1st time aku drive kete kt atas jalan raya (tanpa melompatkn kete mse nk idup enjin)haha....sumpah cuak biler aku (si pemandu berhemah yg bwak 20km/h) bawak kete time tuh,sebab treler bsar giler duk kt blakang dengan de sbijik kete yg x menyempat2 nk potong aku time tuh....tp buat muke cool je kn sebab takot nnt kena sergah ngan chegu aku tuh sebab gabra,haha.tp even penat pon,arini still the best:)so aku memanfaatkan lg mase yg ade arini dgn menyediakan kek batik.haha.aku tak tipu, aku pandai buat kek,kek batik la.kek2 lain pon bole,tp kena praktis lbih sket la,huhu...sebenarnyer dr minggu lepas lg nk buat tp ntah cm mne arini baru de mase lapang nk buat (pdahal hari2 de mase lapang kot)haha.
nak buat kek batik ni orang kate senang,tp kalo x ikot care die pon silap2 nnt kek batik korang jadi kain batik plak,haha.ha,resipi ni aku blaja time matrik dlu,x ingat da sape yang ajar aku (mmg dsar kacang lupekn kulit btol),tp lpas try resipi ni kire not bad la,de la rase kek batik,haha

resipi die camnih....


Bahan-bahan

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter(aku gune buttercup,sbb mak aku suke:) )
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula (toksah byk2,ingt!kurgkn manis dlam mknan,tmbahkn manis dalam snyuman:p)
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara
  • patah2kan biskut (smbil patahkn biskut,smbil sumbat dlm mlut,hehe)
  • dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. pastu korang kena kacau sampai semua dah larut
  • then masukkan butter,kacau sampai butter cair
  • kecikkn api, masukkan telur..(jgn lupe bsuh telur tu dlu) then korang kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  • masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukn sampai semua biskut td dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo korang nak byk cokelat gune sket jer...)
  • masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong,dihidangn dimakan:)
       
                           *ni la ghupenyer biler da siap:)


okeh,selamat mencuba!:)