Monday, December 31, 2012

azam tahun baru=)



Assalamualaikum =)
Pejam celik,pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung tahun dah pun.
Tinggal beberapa jam je lagi kita nak say bye-bye 2012,hai-hai 2013.
Ini juga bermakna dah bertambah satu lagi nombor untuk kiraan umur aku dan korang-korang semua,eheh!omaaagaaaddd...tahun depan dah 23,lepas tu 24,lepas tu 25,lepas tu 26 dan korang kira lah sendiri,hehe..dah tua rupanya aku ni.
Tapi aku rasa muka aku still macam sweet 15 lagi.
Betul tak?ahahahahahahahaha...
kalau korang terasa mual-mual nak termuntah bila baca statement ni sila pergi muntah jauh-jauh,jangan muntah kat sini.ihiks!
Sebenarnya hari ini aku nak bercerita tetang azam tahun baru.Aku sure korang-korang semua pun mesti ada azam tahun baru kan?kan?nak jadi anak yang baik lah,nak beli kereta baru lah...nak kahwinlah!muahahahahaha...=p.
Same goes to me,azam tahun baru aku untuk tahun ni (rasa azam tahun lepas pun belum nak tercapai,hahahahahaha) adalah untuk menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ni.
Contohnya jadi anak mak yang baik.Yela,korang-korang ingat senang ke jadi anak perempuan sorang lepas tu ada mak sampai 3??
senang ke?omaagaaddd!!mak kau ada 3??
rilex..rilex..memang mak aku ada 3 pun tapi bukan sebab ayah aku kahwin tiga ke apa.
No..no....ayah aku adalah contoh lelaki yang paling setia ok,hehe...
and one day i’ll makesure that i’ll marry a man like him.Daebak!=p
(azam tahun baru juga ni,hehe).
Ahah!3 orang mak yang aku maksudkan tu adalah mak kandung,mak susuan dan juga mak angkat.
Kelas kan?hahahaha...
Aku bukan nak cakap aku tak baik sebelum ni,aku baik apa..kahkah.
Cuma nak jadi lebih baik,hehehehe...tak salah kan kalau kita nak betulkan dan tambah apa yang kurang.
Biasalah,manusia..mana pernah lari dari buat silap.
Eh??kenapa ayat aku ni macam ada buat salah besar ni???kenapa kenapa?
(monolog dengan diri sendiri). 
Ok,tak kisah lah apa pun yang korang azamkan untuk tahun baru ni..aku doakan yang terbaik untuk korang semua =) .
Tapi ingat!azam yang baik-baik je taw,kehkeh..=p.

Psssssttt:acara jalan-jalan tahunan ‘koreakudatang’ pun dikira azam tahun baru juga kan?ihiks!=p

Friday, December 28, 2012

Stunning in a Picture.

Assalamualaikum =)
Lama juga aku tak memebel kat sini(tak payah nak excited sangat la sampai nak typo).MEMBEBEL ok.Biasa la sejak dah berkerjaya ni masa tu macam dah terhad sikit.kelas kau!berkerjaya weyh,kehkeh....Yela,siang aku menginap dekat library study untuk final exam,malam menginap dekat Star Mart borak ngan Myanmar.Apa kes??keje ok..keje..aku cashier kat situ.sila jangan salah faham,hehe.Sebenarnya hari ni nak update macam mana korunk-korunk semua nak nampak ‘stunning’ atau senang cerita nak nampak perfect bila dalam gambar.sape-sape yang nak ambil gambar family,yang nak jadi model tu baca ni.Baca tau!
#Tips 1
POSITION YOURSELF PERFECTLY
Don’t drop your chin;it makes you look as though you’ve misplaced your neck.Don’t tilt your head up too far unless you want a wallet-size shot of your nostrils (sentap betul ayat die,kahkah).Stand with your legs a few apart,or pose with one crosses over the other.To avoid a shoot that looks too stiff and posed,lean on a chair or a couch.And instead of letting your hands dangle,put them on your hips or cross them in front of you (nampak macho sikit,kihkih).
#Tips 2
CHECK THE LIGHT
Choose the place that offer a softer light.Not too bright or too lame.
(kalau time black-out tu tak payah gedik-gedik la nak bergambar-__-)
#Tips 3
DRESS RIGHT
Wear that one thing in your wardrobe that always makes you feel attractive (attractive tu maksud dia yang bila orang tengok kat korunk sekali nak tengok lagi sekali sebab cantik ok.Bukan sebab pelik ye.sila jangan jadi FASHION DISASTER please....kehkeh).Avoid colours that are close to your skin tone,such as pastel pink,beige or brown as they can wash you out.And pass up busy patterns,stripes and polka dots which can be distracting.(kepada yang berhijab tu,jangan pakai baju bunga-bunga lepas tu pakai shawl or tudung corak bunga-bunga juga...nak jadi pokok try la pakai,kehkeh)
#Tips 4
SIZE UP YOUR FACE
Take a good look in the mirror to see which side of your face looks better (yang ni better korunk buat sorang-sorang dalam bilik,jangan buat di khalayak ramai sebab boleh menimbulkan syak wasangka.orang ingat korunk gila nanti,kahkah..=p).You can also learn a new thing or two by playing with self-photo programs on your computer or smartphone to figure out your “good side”.
#Tips 5
SKIP THE CHEESE
Better to laugh rather than say cheese.Another way to ensure a fresh,authentic expression:Just before the picture is snapped,look away,then quickly look back while breaking into a smile.(jangan sampai terkehel leher sudah,nak pusing cepat-cepat katanya...-__-)
 senyum je sepuas hati camni.erk??!

Monday, December 17, 2012

Broga Hill


Assalamualaikum =)

Hari ni aku nak bercerita tentang Broga Hill atau omputeh cakap,Bukit Broga.Cerita tentang perjalanan aku ke Broga ni memang menyayat hati sikit.Siap sedia la dengan tisu sebab hingus korang akan meleleh lepas dengar cerita aku ni 
(euuuwwww,selekeh kan aku ni?).
ok,rilex..rilex..sebenarnya takde apa-apa yang tragis mahupun menyayat hati pun yang berlaku,cuma kitorang ni je yang terlebih excited (nenek aku cakap) nak panjat Broga tu.
Yela,kau bayangkan lah..kitorang dah menetap kat selangor ni nak dekat 4 tahun dah,bulan 7 tahun depan nak habis dah study kat sini..(OMG,tetiba sebak weyh!) tapi sekali pun tak pernah kitorang menjejakkan kaki kat sana.Jadi sementara masih ada waktu-waktu terakhir kitorang kat sini,jadi kitorang pun plan la baik punya nak pergi sana.
Seminggu before pergi tu aku dah sibuk-sibuk cari direction macam mana nak pergi sana,terima kasih lah dekat pakcik ‘Google maps’ sebab dah bagi tunjuk arah yang bernas,kehkeh..kitorang gerak seawal pukul 3.30 pagi dari upm.bapak awal kan?
Tapi itula..disebabkan kitorang tak tahu jalan,so terpaksa lah gerak awal.Ada yang tak tidur kot malam tu sebab excited nak pergi kot...yeke ika?kahkah..=p 
ok,ok sambung cerita..dengan perasaan confident nyer aku pun drive la kereta untuk keluar dari upm ni,tapi kau tahu senah..kitorang kena tahan dengan pak guard upm masa nak keluar,pak guard tu siap kunci pintu pagar lagi tak nak bagi kitorang keluar.
Jadi,aku dengan muka manis dan senyum kambing  turunkan lah cermin kereta...

Aku : “bang,kitorang nak keluar ni..tak boleh ke?”.
Pakguard hensem: “dik,sekarang ni tak boleh keluar lagi.kalau nak keluar kena tunggu pukul 6 nanti.”
Ikha : “Tapi bang kitorang nak pergi Broga ni,nak tengok sunrise.Takkan nak keluar pukul 6..”gitu...
Pakguard hensem : “boleh,tapi adik ada surat tak?sebab pelaajar memang tak dibenarkan keluar sekarang ni”.
Aku : “Ala bang, takkan nak keluar sendiri pun nak kena bagi surat kot?member-member kitorang yang lain keluar ok je,takpayah buat surat pape pun..”
Pakguard hensem : “Itula,adik kena faham.Gate ni lain-lain orang yang jaga,tapi kalau abang yang jaga memang abang tak benarkan pelajar keluar masuk selepas pukul 12.00 malam.kalau nak keluar jugak kena bagi surat pengesahan.”
Aku : “ok lah bang,whateverlah!”(start kereta dan terus blah)

Korang boleh bayangkan tak apa perasaan kitorang yang terkinja-kinja nak pergi ni?
WTH!
takkan kitorang nak pergi ketuk pintu rumah pengetua semata-mata kitorang berlima nak keluar pergi Broga kot.Memang cari nahas lah kan..jadi kitorang pun pusing-pusing la satu upm nak cari pintu keluar..sampaikan lubang tikus pun kitorang pergi tengok kalau-kalau boleh keluar.
Tapi,hampeh.
Disebabkan terlalu nak sangat pergi Broga tu..kitorang pun decided untuk pergi pujuk pakguard hensem tu.untung-untung dia bagi keluar.Nak dipendekkan cerita,lepas dah ayat baik punya pakguard tu,kitorang pun dapat juga keluar dan akhirnya sampai pun Broga,kehkeh..
Ini ada gambar sikit buat kenangan kitorang kat sana...kihkih
nah,amek..nak sangat tengok sunrise.






breakfast atas bukit.

macho an gambar ni?kahkah..=p


Broga Hill yang ramai orang.
padan muka sape suruh pergi time weekends.

ok,jumpa lagi Broga!!:D

Tuesday, December 11, 2012

Cerita tentang Joyah,bukan aku.(Part III)


Cerita seterusnya adalah tentang Joyah dan ‘mr.hot’.Dalam diam-diam sebenarnya ‘mr.hot’ pun ada hati pada Joyah sebenarnya.Tapi Joyah buat-buat jual mahal.Bukan buat-buat,tapi memang Joyah suka jual mahal pun.Pemalu kan.Memandangkan Joyah ni merupakan salah seorang ahli jawatankuasa penting dekat sana,jadi selalu juga lah si Joyah bertembung dengan ‘mr.hot’.Sebenarnya tak adalah hot mana pun,cuma ‘mr.hot’ ni kemas orangnya.Joyah memang suka orang yang kemas-kemas,smart-smart ni..haha.ok,cukup!Semakin hari semakin selalu la si Joyah bertembung dengan ‘mr.hot’.Mula-mula senyum je,tak bercakap lansung.Kerek kan Joyah ni?bajet gila..-_-.Tapi itulah Joyah.Pemalu dan aku rasa sampai sekarang dia pemalu kot..entah.Lama juga lah si Joyah ni nak ambil masa nak bercakap dengan ‘mr.hot’.Tapi ada satu hari tu,’mr.hot’ yang tegur dia dulu dan Joyah yang pada masa tu memang tengah boring pun layan je la.Semakin hari semakin kerap pula Joyah dengan ‘mr.hot’ ni bersembang,mesej-mesej dan akhirnya...pintu hati Joyah terbuka untuk terima ‘mr.hot’.Bayangkan,ini lah kali pertama Joyah ada boyfriend selain ayah Joyah je yang selama ni jadi boyfriend dia.Bayangkan.Orang lain masa sekolah rendah dah ada boyfriend kot,Joyah dah masuk matriks baru nak ada boyfriend.Kesian kau Joyah.Masa mula-mula kapel,Joyah macam malu-malu sikit.Cover-cover je kerja si Joyah ni.Tapi itulah Joyah.

TO BE CONTINUE....

p/s:aku dah takde idea nak cerita apa pasal Joyah ni.kadang-kadang rasa menyampah pun ada.lagi satu aku benci la tengok tulisan ni sebab dia warna hijau-__-

Monday, December 10, 2012

foodlover#2:puding roti


Assalamualaikum =)

Rasa macam dah lama tak membebel kat blog ni,maklumlah..busy,ihiks!(macam mintak pelempang kan?) sebenarnya hari-hari naluri aku kuat menyuruh aku buka blog dan membebel kat sana.katanya,berhabuk nanti kalau biar lama-lama.kelas kau naluri gitu!haha...memandangkan lately ni aku asyik post gambar makanan je dekat instagram mahupun fesbuk aku (kalau korang perasanla),jadi hari ni aku nak kongsi ngan korang satu resipi.
BUTTER AND BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE.
gitu....nama nak sedap kn,hehe

Ni resepi dia:

Bahan-bahan

  • ·        Roti perancis (ikut suka korang nak banyak mana,ikut saiz bekas)
  • ·        Butter
  • ·        500 ml susu segar
  • ·        2 s/b tepung jagung
  • ·        2 s/b gula halus
  • ·        esen vanilla
  • ·        1 tin susu cair
  • ·        Gula pasir (untuk sos je.banyak mana,ikut tahap kemanisan korang.nak kena diebetes letak banyak-banyak,haha)
  • ·        2 s/b tepung kastard
  • ·        kismis

Cara-cara

  • ·        Potong roti dan sapu butter dekat permukaan roti tu then susun dalam bekas (jangan lupa sapu butter juga dekat bekas tu supaya nanti senang korang nak keluarkan pudding tu)
  • ·        Dalam satu bekas pukul telur dan masukkan tepung jagung,gula ,esen vanilla(1 s/t) dan susu segar dan  2 s/b butter yang dah dicairkan then pukul sampai sebati
  • ·        Tuang dalam bekas yang mengandungi roti yang korang dah susun tadi (tekan-tekan sikit roti tu bagi dia tenggelam)
  • ·        Tabur kismis ikut suka hati korang atas roti tu tadi (kalau aku,lagi banyak tabur dalam mulut dari atas roti,hikhik..=p)
  • ·        Bakar roti tu tadi pada suhu 170-180 degree dalam masa 1 jam.
  • ·        Untuk sos pula,korang masukkan susu cair,gula pasir,esen vanilla (1 s/t) dan tepung kastard dan panaskan sampai mendidih (tepung kastard tu korang kena larutkan dalam air panas dulu sebelum masuk untuk elakkan dia berketul-ketul)
  • ·        Lepas roti dah siap,sos dia pon dah siap..tuang sos tu kat atas roti yang dah dipotong.lepas tu apa tunggu lagi..makanlah=p eh,tunggu!sebelum makan tu sejukkan dalam freezer dulu,baru sedap,hehe

Ok,selamat mencuba!:D

Tuesday, November 20, 2012

foodlover#1:Rainbow cake

Assalamualaikum =)

MASA ITU EMAS.
memandangkan minggu ini adalah minggu test,jadi masa tu memang tak cukup lah bagi aku.
24 jam tu macam tak cukup je nak study untuk test yang akan datang,assignment yang berlambak-lambak,nak design peptides untuk final year project,uruskan field trip,update blog..eh??
tapi,biasa la tu manusia..memang tak pernah cukup.
kalau boleh 24 jam tu nak tambah lagi bagi 28 jam ke..48 jam ke..ehh??(suka-suka kau je=p)
ok lah,sebelum aku membebel panjang lagi..baik straight to the point.
nak update pasal resepi Rainbow cake je arini sebenarnya,lalalalalala~~~~

Jom!:D

sebelum sibuk-sibuk nak buat kek tu,kena lah siapkan bahan-bahan dia dulu,hehe....=p  
Bahan-bahan:
=====> untuk kek
  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (ambil putih telur je)
  • 250gm butter
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek 
====> untuk buttercream

  • 550 g butter
  • 200 g gula castor
  • 50 ml air
  • 6 biji telur ayam (putih telur je)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu.
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda
 (untuk buttercream)

  1. Satukan gula dan air dan masak diatas dapur sampai larut.
  2. Dalam masa yang sama pukul putih telur.
  3. Bila sirap (air + gula) dah mencapai suhu 117-120 degree,tuang dalam adunan telur yang sedang dipukul.
  4. Teruskan memukul telur sampai telur menjadi ringan dan gebu.
  5. Masukkan butter dalam adunan telur tadi dan pukul lagi (warna butter akan bertukar dari kuning ke putih dan akan menjadi sedikit creamy).
  6. Tambah esen vanilla untuk hilangkan bau hanyir telur tadi.
TADAAA!!DAH SIAP!:D
selamat mencuba!!
 ok,boleh sambung study balik,bye!:D

pssssstttt : i baked this for someone actually but ____ refused,i iz sad ^_*

Monday, November 12, 2012

wedding=)

Assalamualaikum=)

11.11.12.
ya,ini tarikh semalam.
tapi sekarang ni aku bukan nak bercerita pasal tarikh,pasal tahun ke ape ke..
tapi aku nak bercerita pasal majlis perkahwinan salah seorang course-mate aku.(skemanya ayat macam nak jawab SPM=p)
ayen nama dia.
semalam aku dengan geng-geng seangkatan ,gerak pegi Kota Damansara,rumah ayen.
gerak pukul 12 tapi pukul 2 petang baru sampai gara-gara tersekat dalam jammed dekat area Sungai Buloh.memang masak la kan,naik lenguh kaki aku ni ha duk asyik tekan clutch.
tapi Alhamdulillah,dengan berkat kesungguhan kitorang nak makan nasi minyak punya pasal,akhirnya kitorang pon sampai=)

                   muka lapar dan tersekat dalam jammed@_*

                           happy sebab dah kenyang.

                               some of my course-mate=)

masa ni kitorang still behave lagi....so bajet2 ayu semua orang,hikhik=p

 nak jugak duk berhimpit dengan pengantin kat atas pelamin tu,haha=p

                                 behave...behave...=p

                       sikit-sikit dah terserlah kegilaan kitorang...

        tu dia!!jakun la pulak kan nampak benda-benda comel tu..haha



                               cuba tengok muka Ana,hikhik..=p

                                 who's next?hikhik....=p

 ok,jom balik.lagi lama,lagi pening photographer tu nak tolong amek gambar kitorang,hehe
pssssssttt:thanx to en.photographer,penat dia duk layan kitorang yang gila ni,haha

baiklah,
kepada kedua mempelai,
saya mengucapkan 

Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir

Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.

CINTA SAMPAI SYURGA!=)


sebelum balik,kitorang sempat singgah ke Kenanga Wholesale City dan IKEA untuk isi perut yang dah lapar balik!(memang dasar kuat makan betul,huhu)

                                     meatball.

                         chicken wings.

 sebelum makan kena amek gambar dulu,haha

serius,muka tak larat.

ok,sekian saja laporan saya untuk hari ini.
thanx!=D

Monday, October 22, 2012

my super dupest cute nephew=) (part 2)

Assalamualaikum =)

lagi cerita pasal si comel!
memandangkan lebih kurang dua minggu jugak lah aku tak jumpa si kenit ni,jadi rindu tu memang membuak-buak la kan..
rindu nak cium pipi dia yang tembam tu.

TADAAA!!!!
tengok gambar je boleh tau betapa terujanya aku dengan baby ni,hikhik=p
 
                          (pandai tengok kamera dah!=))

                         *muka pelik tengok nenek dia,hehe


        *tried to kiss him but lastly dia boleh menguap,bertuah betul!huhu



                               *ada gaya tak nak jadi mak?haha=p

                                       *Hafiz yang cute=)


*muaahh2!!!geramnya!hehe..=p

p/s:can't wait to meet him again!rindu!ngehngeh..=p

ok,bai.