Monday, December 17, 2012

Broga Hill


Assalamualaikum =)

Hari ni aku nak bercerita tentang Broga Hill atau omputeh cakap,Bukit Broga.Cerita tentang perjalanan aku ke Broga ni memang menyayat hati sikit.Siap sedia la dengan tisu sebab hingus korang akan meleleh lepas dengar cerita aku ni 
(euuuwwww,selekeh kan aku ni?).
ok,rilex..rilex..sebenarnya takde apa-apa yang tragis mahupun menyayat hati pun yang berlaku,cuma kitorang ni je yang terlebih excited (nenek aku cakap) nak panjat Broga tu.
Yela,kau bayangkan lah..kitorang dah menetap kat selangor ni nak dekat 4 tahun dah,bulan 7 tahun depan nak habis dah study kat sini..(OMG,tetiba sebak weyh!) tapi sekali pun tak pernah kitorang menjejakkan kaki kat sana.Jadi sementara masih ada waktu-waktu terakhir kitorang kat sini,jadi kitorang pun plan la baik punya nak pergi sana.
Seminggu before pergi tu aku dah sibuk-sibuk cari direction macam mana nak pergi sana,terima kasih lah dekat pakcik ‘Google maps’ sebab dah bagi tunjuk arah yang bernas,kehkeh..kitorang gerak seawal pukul 3.30 pagi dari upm.bapak awal kan?
Tapi itula..disebabkan kitorang tak tahu jalan,so terpaksa lah gerak awal.Ada yang tak tidur kot malam tu sebab excited nak pergi kot...yeke ika?kahkah..=p 
ok,ok sambung cerita..dengan perasaan confident nyer aku pun drive la kereta untuk keluar dari upm ni,tapi kau tahu senah..kitorang kena tahan dengan pak guard upm masa nak keluar,pak guard tu siap kunci pintu pagar lagi tak nak bagi kitorang keluar.
Jadi,aku dengan muka manis dan senyum kambing  turunkan lah cermin kereta...

Aku : “bang,kitorang nak keluar ni..tak boleh ke?”.
Pakguard hensem: “dik,sekarang ni tak boleh keluar lagi.kalau nak keluar kena tunggu pukul 6 nanti.”
Ikha : “Tapi bang kitorang nak pergi Broga ni,nak tengok sunrise.Takkan nak keluar pukul 6..”gitu...
Pakguard hensem : “boleh,tapi adik ada surat tak?sebab pelaajar memang tak dibenarkan keluar sekarang ni”.
Aku : “Ala bang, takkan nak keluar sendiri pun nak kena bagi surat kot?member-member kitorang yang lain keluar ok je,takpayah buat surat pape pun..”
Pakguard hensem : “Itula,adik kena faham.Gate ni lain-lain orang yang jaga,tapi kalau abang yang jaga memang abang tak benarkan pelajar keluar masuk selepas pukul 12.00 malam.kalau nak keluar jugak kena bagi surat pengesahan.”
Aku : “ok lah bang,whateverlah!”(start kereta dan terus blah)

Korang boleh bayangkan tak apa perasaan kitorang yang terkinja-kinja nak pergi ni?
WTH!
takkan kitorang nak pergi ketuk pintu rumah pengetua semata-mata kitorang berlima nak keluar pergi Broga kot.Memang cari nahas lah kan..jadi kitorang pun pusing-pusing la satu upm nak cari pintu keluar..sampaikan lubang tikus pun kitorang pergi tengok kalau-kalau boleh keluar.
Tapi,hampeh.
Disebabkan terlalu nak sangat pergi Broga tu..kitorang pun decided untuk pergi pujuk pakguard hensem tu.untung-untung dia bagi keluar.Nak dipendekkan cerita,lepas dah ayat baik punya pakguard tu,kitorang pun dapat juga keluar dan akhirnya sampai pun Broga,kehkeh..
Ini ada gambar sikit buat kenangan kitorang kat sana...kihkih
nah,amek..nak sangat tengok sunrise.






breakfast atas bukit.

macho an gambar ni?kahkah..=p


Broga Hill yang ramai orang.
padan muka sape suruh pergi time weekends.

ok,jumpa lagi Broga!!:D