Friday, December 23, 2011

cerita si matahari.


Jika ditanya pada angin,mengapa kau berdesir perlahan?
Dijawab angin,kerana aku adalah angin
Jika ditanya pada hujan,mengapa kau turun mencurah ke Bumi?
Dijawab hujan,kerana tanpaku bagaimana si tumbuhan mahu hidup?
Jika ditanya pada bintang,mengapa kau hanya sebutir yang bersinar dikala malam?
Bintang menjawab “kerana aku menemani si bulan menerangi Bumi yang kelam”
Jika ditanya pada bulan,mengapa kau bersinar sedangkan ada si bintang?
Jawab si bulan,kerana tanpa bulan si bintang takkan berseri
Jika ditanya pada matahari,mengapa kau bersinar?
Jawabnya,kerana aku adalah matahari
Matahari yang menyinari seluruh isi Bumi
Tanpa aku,bulan,bintang mana mungkin bersinar .
Tanpa aku Bumi ini akan hilang serinya
Oleh itu....
Jadilah seperti si matahari
Bukan si angin yang tidak tahu apa-apa
Bukan si hujan yang fungsinya hanya satu
Bukan si bulan dan bintang yang hanya bergantung pada satu sama lain
TETAPI
Jadilah seperti matahari yang berdikari
Yang punya nilai tersendiri
Yang menjadi tunjang kepada yang lain
Yang apabila hilangnya ia,seluruh makhluk meratap sepi