Wednesday, February 6, 2013

perempuan.


Assalamualaikum:)

Aku pantang betul lah kalau tengok lelaki marah-marah,cakap jerit-jerit dekat perempuan depan orang ramai macam lah perempuan tu patung takde rasa malu kena marah depan orang.berangin je aku tengok..tapi apakan daya aku hanya mampu tengok jela.Kot ye pun kau marah sangat dengan girlfriend or wife korang tu janganlah marah dia depan orang ramai.Bawak-bawak lah bersabar sikit,tak pun tahan marah kau tu sampai rumah baru bertukar jadi Hulk,kihkih..(tapi tak baik tau marah-marah dekat isteri,dia jugak yang ada dengan kau bila susah senang,kawan-kawan kau ada?)

Ingat senang ke jadi perempuan ni.Memang aku akui tanggungjawab lelaki lagi berat..contohnya kalau nak kahwin,dia yang kena sediakan hantaran lima belas ribu (kalah artis!=p) padahal perempuan tunggu je duit dari lelaki,lepas kahwin kena sara keluarga,kena pimpin keluarga tu supaya jadi keluarga bahagia,kalau isteri or anak perempuan dia buat dosa,dia yang kena tanggung..memang.Memang berat tanggungjawab tu.Tapi jangan la jadikan semua tu sebagai alasan untuk korang kaum lelaki ni merendah-rendahkan kami kaum wanita ni.Kami ni pun ada perasaan juga.Ingat senang ke jadi perempuan ni.Perempuan ni sebenarnya lagi complicated tau hidup dia kalau nak dibandingkan dengan lelaki.Kau bayangkanlah,nak pergi date minggu depan,tapi seminggu sebelum tu dah sibuk-sibuk pilih baju.Tak ke naya tu?padahal date je pun..bukan aku,tapi aku tau ada yang macam ni=p.

Lepas tu perempuan ni faham-faham jela.Setiap bulan dia akan mengalami satu proses dimana angin meroyan dia boleh datang secara tiba-tiba.Bukan setakat angin meroyan je,sekali package dengan rasa sakit perut macam kena tumbuk 99 kali pun ada tau.Masa ni lah kami kaum wanita ni terpaksa menggunakan segala tenaga dan kepakaran yang ada untuk handle angin meroyan ni tau.Terror tak terror la kan..ehem!;)Korang jangan main-main..angin meroyan ni kalau tak dibendung,boleh terbalikkan rumah tau!haha..tapi,kadang-kadang tak dapat dibendung juga.Ha!time ni la korang kaum lelaki kena gunakan 9 akal yang Allah dah kurniakan dekat korang untuk menangani angin meroyan perempuan ni.Kena bawa banyak-banyak bersabar.Bukan kau pergi tangankan perempuan tu.ada faham?

Lagi,kenapa aku cakap jadi perempuan ni susah sebab perempuan boleh melahirkan.Cakap melahirkan senang la...M.E.L.A.H.I.R.K.A.N.ala senang je kan..tapi kau tak macam mana sakitnya nak melahirkan tu?ha,pergi tanya mak kau macam mana rasa sakitnya nak melahirkan kau dulu.Kalau tak sakit tu mungkin sebab masa mak kau lahirkan kau mak kau pengsan tak sedarkan diri.Tapi tipula kan kalau tak sakit.Kemain aku bercakap kan,macam dah pernah rasa melahirkan je kan,haha...iAllah,the day will come!ahaks!=p.Ha,disebabkan melahirkan ni sakit,so jangan la korang sesuka hati nak marah-marah mak korang tu.Tapi kalau merajuk sikit-sikit tu takpe kot,hehehehe...=p

Dah,rasa dah panjang sangat aku bebel ni.Sebenarnya aku nak cakap korang kaum lelaki ni jangan la emosi sangat dengan perempuan.tak tau ke perempuan ni hati dia macam tisu kena air bila kena marah?haish..

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
dan dekat pada hati untuk dicintainya.. “