Monday, May 20, 2013

Sweet Escape:Cameron Highlands :)


Assalamualaikum =)

Dua minggu lepas ittew pegi Cameron!lempang laju-laju sikit..nak ber’ittew-ittew’ pulak.Ha,dua minggu lepas,minggu yang semua orang duk sibuk-sibuk nak mengundi tu,kitorang yang terdiri daripada aku,ika,atin dan adik-adik ika telah bertolak ke Cameron Highlands.Kemain..selalunya orang pegi sana nak honeymoon je=p

Kitorang bertolak dari KL pukul 4 pagi,sebabnya takut jalan jammed..Yela,ahad tu kan orang nak mengundi,so mesti ramai orang yang nak balik kampung.Kalau dah bertolak pukul 4 pagi tu,ditambah pula dengan badan yang tak cukup rehat hari tu,dan terpaksa drive sorang-sorang pulak tu,memang agak mencabar la kan.Mana taknya,pagi-pagi lagi aku dah tercongok dekat lab buat keje sampai pukul 9 malam,balik je kemas-kemas barang terus keluar dari UPM.Nak keluar lambat takut tak boleh keluar pulak nanti.Yelah,pengawal keselamatan kat UPM ni kan semua berdedikasi dan komited bila buat keje....
”anak dara tak baik keluar malam-malam dik”-_-


Kitorang sampai Perak lebih kurang pukul 9 pagi.Memang lama la nak sampai sebab berhenti makan la,toilet la,macam-macam la..huhu.Sampai je Perak kitorang terus amek atin then teruskan perjalanan naik Cameron.Memandangkan itu kali pertama aku drive sejauh tu,jadi terpaksa la drive slow-slow.Yela,lagipun dah la aku bawak anak orang,kang jadi pape,gilo kau nak menjawab,kehkeh. 
Perjalanan nak naik ke Cameron lebih kurang satu jam setengah.
Sampai-sampai je kat atas tu,kitorang terus singgah dekat Avant Chocolate.Mula-mula memang agak jakun la kan..satu sebab sejuk,lagi satu sebab nampak strawberi berlambak kat sana.
Kalau kat sini,nak beli strawberi buat pavlova pun memilih,amek yang paling murah!kihkih..tapi kat sana orang jual strawberi macam jual goreng pisang kat sini.
Owh ye,kat atas tu aku tak jumpa pulak orang jual goreng pisang.Macam ada peluang nak bukak bisnes goreng pisang je kat atas tu..hikhik.
Dekat Avant Chocolate tu korang boleh makan pelbagai jenis pemanis mulut yang berasaskan strawberi.Memang sedap!Dan korang boleh beli pelbagai jenis coklat.
Dah nama pun Avant Chocolate kan,mesti la ada jual coklat,hehe..yang paling penting,coklat dia  sangat comel.Maksud aku,bungkusan dia.Macam-macam decoration ada.
Dekat situ jugak dia ada tanam banyak bunga yang super zantik!Daripada tak berapa nak minat bunga,aku terus jadi minah bunga hari tu,kehkeh.

orang yang tengah bercinta disarankan beli supaya cinta korang bertambah suweet..ahaks!

ha,pilih-pilih...jangan tak pilih.

So,kami telah memilih ini..anda bila lagi?hikhik




dah kenyang boleh la tersenyum lebar cenggini,cuba kalau tengah lapar,tak ke macam kucing nak bergaduh muka tu?haha

itu eskem strawberi,sangat sedap!




ha,ni minah bunga sesat=p

Next station,kitorang stop dekat Strawberi Souvenir Centre.Kat sini korang boleh beli macam-macam souvenir untuk dibawa pulang untuk orang-orang tersayang!Tapi aku tak beli pape pon sebab aku nak survey dulu kedai mana yang murah,hehe..selalu dah buat macam ni,kalau pegi shopping mall,aku akan tawaf dulu satu shopping mall tu survey harga,dah puas hati,baru beli.Kaktus pon ada jual kat sini taw.




Perjalanan diteruskan dan tempat seterusnya adalah Cameron Valley,Bharat Plantations.Kat sini korang boleh tengok rupa sebenar pokok teh.Yelah,selama ni duk tengok teh dalam uncang tu je kan?Kat sini korang boleh tengok daun teh tu macam mana.Tapi,korang tak boleh petik daun dia.Sehelai daun yang korang petik,sila bayar RM50 ye.Baik pegi beli strawberi duit banyak tu,makan sampai kembung.Tapi kan,kalau teringin jugak nak rasa petik daun teh tu,try la hantar resume dengan job application dekat HR Bharat Plantation tu.Mana tau kot-kot ada keje kosong jadi pemetik daun teh..kelas kau!haha




pokok loceng :)

ini ladang aku yang punya!!haha

Ha,dalam banyak-banyak tempat aku rasa kat sini paling best.Lavender Garden.macam yang aku cakap,aku bukanlah peminat bunga,tapi bila sampai sini terus gila meroyan kau bila tengok bunga lavender kembang mekar di taman,hikhik.Tak payah nak tunggu pegi oversea nak tengok bunga,kat sini pun dah cukup.Bayaran untuk masuk kat sini adalah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.



nak menangis ok tengok bunga ni =')



kat sini pun ada love-lock macam dekat korea tu.
Tak payah nak pegi jauh-jauh..-_-(percakapan mereka yang hampa tak dapat pegi korea ='(  )



besar gila labu ni!makan setahun pun tak habis=p

memang suka amek gambar poyo gini..hikhik

sebab ramai yang amek gambar kat sini,kitorang pun nak jugak!hehe

sebelum balik jangan lupa singgah makan jagung manis :)
cedap angat!(tampar laju-laju)

Malamnya pula,kitorang pegi jalan-jalan dekat pasar malam Brinchang.Lepas dah penat berjalan dari pagi sampai la ke petang,balik hotel then tidur.Owh,kat sana kitorang stay dekat Equatorial Cameron Highlands.Kat sana,kalau malam tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat.So,kitorang pilih untuk terbongkang je dalam bilik.Lagipun cuaca masa tu sangat sejuk sebabnya petang tu hujan so, kitorang hanya duduk bergulung je dalam comforter macam ulat daun,kihkih.







Esoknya,5 mei 2013,kitorang siap-siap kemas barang untuk check-out.Nak pegi mengundi!kehkeh..sejak bila ntah jadi penduduk Cameron,tiba-tiba nak mengundi kat sana,haha. Sebelum balik,kitorang singgah satu kedai yang ada jual pelbagai jenis kaktus.Ika beli pokok untuk bagi mak dia sempena Hari Ibu.


bye..kitorang nak balik dah..sobs..sobs..='(





ha,kalau pegi Cameron kau tak try strawberi celup coklat ni,baik pegi terjun gunung,kehkeh

Jalan lagi,kitorang singgah dekat satu ladang teh ni (tak ingat nama dia apa).Jalan-jalan amek gambar,makan scones,lepas tu terus gerak pegi cari tempat tanam bunga ros.Sampai sesat-sesat nak cari tempat tu,sekali sampai sana kena bayar pulak kalau nak masuk.Bukanlah kedekut,tapi tengok tempat dia biasa je,tapi kena bayar.Kalau cantik macam Lavender Garden berbaloi jugak lah nak bayar.Terus reverse kereta then pegi Tanah Rata.Breakfast kat sana sebelum balik rumah.



Emma Maembong sesat kat sana=p

Scones,satu set RM12.00.

kakak bagi adik makan :)

Kitorang sampai KL lebih kurang pukul 5 petang.Sampai-sampai bilik kau tak payah cakap la letih dia.Memang terbongkang jela la kan.

Ok,sampai sini je.Rasa macam tulis thesis pulak panjang-panjang gini.

Semoga jumpa lagi Cameron!=)


Sunday, May 5, 2013

Sweet escape:Air Terjun Sungai Gabai;)

Assalamualaikum=)

Okay,sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bergelar pekerja dekat Malaysia ni.Tak dilupakan juga untuk penganggur  kerana menganggur itu juga adalah satu pekerjaan,mihmih..Ehem,takyah nak gelak sangat.Kau tunggulah bulan 7 ni nanti..tunggulah nasib kau!Memandangkan 1 Mei yang lepas adalah Hari Pekerja,jadi aku pun memanfaatkan lah hari cuti tu dengan bermandi-manda di air terjun sungai Gabai yang terletak dekat Hulu Langat.Nak hilangkan stress siapkan FYP katanya.Untuk pengetahuan korang,itu adalah kali pertama aku mandi air terjun.Sebelum ni,setiap kali nak ikut abang-abang aku mandi air terjun je mak aku mesti tak kasi.so,mandi jela dekat bilik air...sadis!

So,malam sebelumnya tu punya la excited.Siap set alarm nak bangun pagi-pagi untuk siapkan bekal nak bawa pegi sana.Yela,lepas mandi nanti sure perut main orkestra kan....ceh!padahal buat sandwich sardin dengan telur je,ahaks!Perjalanan nak pegi sana takde la tragis sangat..ok-ok je=) tak macam perjalanan nak ke Cameron la,ihiks!(tunggu untuk next entry,hehe) Sampai-sampai je sana,mata aku terpaku tengok air terjun yang super best tu.Yela,first-timer kan..hehe.

Memang best la wa citer lu.Rasa macam taknak balik pun ada bila dah mandi.Tapi bila melihat kuku dan bibir masing-masing mulai biru,terpaksa la balik jugak.Kang ada jugak yang bertukar jadi iceberg kang,haha..over! -_- 



driver dan tourist guide.

Subhanallah :')

paksa abang jaga parking tolong amekkan gambar=p



semangat nak naik atas,tapi...

baru naik separuh dah berhenti minum air,hikhik

time kasih lah dekat orang yang candid gambar ni..-_-

pakcik ni yang candid gambar kat atas tu.



mandi tak hengat dunia.

lapar,makan.lapar,makan.

cawan multipurpose.
Digunakan untuk minum air,makan dan gayung mandi=p

ha,yang ni ada kelawar terlepas hari tu.Yela,cuti Hari Pekerja kan..dia pun nak cuti jugak=p




Lots of love from four of us;)

That's all for today:)
so long and goodnight.

p/s:tengah pikir ayat untuk entry cameron,ihiks!(padahal thesis tak siap lagi..-_-)

Tuesday, April 9, 2013

#childhood


Assalamualaikum =)

sejak dua menjak ni aku asyik teringat je benda-benda sengal yang selalu buat zaman-zaman hingusan dulu.Salah satunya adalah melambai kapal terbang yang tengah terbang di awan tinggi.
Eh,ada ke kapal terbang yang terbang depan rumah?chooyy!!
ha,dulu masa kecik-kecik aku memang sengal sikit.Bukan sikit,banyak sebenarnya,kahkah...bila dengar bunyi helikopter lalu je,aku dengan abang-abang aku akan berlari sekuat hati keluar rumah semata-mata nak lambai dekat helikopter tu.Dengan harapan helikopter tu akan mendarat depan rumah kitorang.Tapi,sedih...semua tu harapan je -_-
Tapi,apa yang lagi sedih kalau korang nak tau.....

EVEN SAMPAI SEKARANG,UMUR DAH BESAR PANJANG NI PUN AKU STILL DUK LAMBAI-LAMBAI KALAU NAMPAK KAPAL TERBANG LALU.
EVEN TENGAH DRIVE PUN BOLEH SEMPAT LAMBAI-LAMBAI LAGI!
TAPI KALI NI DENGAN HARAPAN SATU HARI NANTI DAPAT KAHWIN DENGAN PILOT.
-_-

ok,bai!=p

p/s:excited sangat tulis sampai ter'caps lock'!haha..dan aku malas nak backspace.