Sunday, May 5, 2013

Sweet escape:Air Terjun Sungai Gabai;)

Assalamualaikum=)

Okay,sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bergelar pekerja dekat Malaysia ni.Tak dilupakan juga untuk penganggur  kerana menganggur itu juga adalah satu pekerjaan,mihmih..Ehem,takyah nak gelak sangat.Kau tunggulah bulan 7 ni nanti..tunggulah nasib kau!Memandangkan 1 Mei yang lepas adalah Hari Pekerja,jadi aku pun memanfaatkan lah hari cuti tu dengan bermandi-manda di air terjun sungai Gabai yang terletak dekat Hulu Langat.Nak hilangkan stress siapkan FYP katanya.Untuk pengetahuan korang,itu adalah kali pertama aku mandi air terjun.Sebelum ni,setiap kali nak ikut abang-abang aku mandi air terjun je mak aku mesti tak kasi.so,mandi jela dekat bilik air...sadis!

So,malam sebelumnya tu punya la excited.Siap set alarm nak bangun pagi-pagi untuk siapkan bekal nak bawa pegi sana.Yela,lepas mandi nanti sure perut main orkestra kan....ceh!padahal buat sandwich sardin dengan telur je,ahaks!Perjalanan nak pegi sana takde la tragis sangat..ok-ok je=) tak macam perjalanan nak ke Cameron la,ihiks!(tunggu untuk next entry,hehe) Sampai-sampai je sana,mata aku terpaku tengok air terjun yang super best tu.Yela,first-timer kan..hehe.

Memang best la wa citer lu.Rasa macam taknak balik pun ada bila dah mandi.Tapi bila melihat kuku dan bibir masing-masing mulai biru,terpaksa la balik jugak.Kang ada jugak yang bertukar jadi iceberg kang,haha..over! -_- 



driver dan tourist guide.

Subhanallah :')

paksa abang jaga parking tolong amekkan gambar=p



semangat nak naik atas,tapi...

baru naik separuh dah berhenti minum air,hikhik

time kasih lah dekat orang yang candid gambar ni..-_-

pakcik ni yang candid gambar kat atas tu.



mandi tak hengat dunia.

lapar,makan.lapar,makan.

cawan multipurpose.
Digunakan untuk minum air,makan dan gayung mandi=p

ha,yang ni ada kelawar terlepas hari tu.Yela,cuti Hari Pekerja kan..dia pun nak cuti jugak=p




Lots of love from four of us;)

That's all for today:)
so long and goodnight.

p/s:tengah pikir ayat untuk entry cameron,ihiks!(padahal thesis tak siap lagi..-_-)