Tuesday, May 28, 2013

MAK:)

Assalamualaikum=)

Korang sihat?aku macam ni la,masih serabut dengan FYP.Selagi tak hantar thesis tu,selagi tu la hidup aku serabut kalah sabut kelapa.eh?ok,rilek-rilek..takyah nak serabut sangat la,orang lain pun ada projek jugak,ada masalah jugak...so,takyah risau sebab bukan kau sorang je yang serabut.Ada teman!kehkeh.
Hari ni aku bukan nak cerita pasal sabut kelapa ke ape,tapi nak cerita pasal mak.Tak kesah la korang panggil mak ke,ibu ke,ummi ke,mama ke,mummy ke..asalkan bukan puppy.eh?nak kena budak ni,haha. Tadi aku duduk library,penat study aku lepak la kat luar minum Starbuck.
Amboi kemain..Starbuck!padahal mesin air penipu..tekan Cafe Latte,sekali keluar air susu!hangin je..dah la sehengget!Tau tak betapa besarnya nilai sehengget tu dikala keadaan poket kau tengah nyawa-nyawa ikan?

Ha,nak dijadikan cerita..aku duduk la sebelah sorang budak ni...
(Jantina dirahsiakan sebab aku tak sure dia jantina apa,kahkah).
Buat dosa..buat dosa!
Budak tu tengah cakap phone dengan mak dia.Mula-mula aku memang tak amek port pon apa yang dia borak dengan mak dia...tiba-tiba aku dengar  budak tu cakap camni..
’ei,mak ni!’
.Aku yang tengah duk usha pak Arab kat kerusi depan terus berpaling tengok budak tu.Dari muka dia aku tau budak tu tengah marah mak dia.Tak lama lepas tu,budak tu terus blah dari situ sambil bebel-bebel lagi....tak tau la plak aku dia pegi mana.Tak sempat nak tanya,haha.Maaflah,bukan aku sengaja nak curi dengar budak tu borak dengan mak dia,tapi dah dia yang cakap kuat,aku dengar jela.Kang aku buat-buat tutup telinga kang,terasa  pulak dia.

Apa yang aku nak simpulkan kat sini,korang kalau betapa marah pun dekat mak korang..jangan la sampai nak meninggikan suara.Tak baik.Dulu masa mak kau nak beranakkan kau,boleh tak bayangkan betapa sakitnya mak kau masa tu..betapa dia rasa macam dah tak sanggup lagi nak berjuang nak keluarkan kau..
ada dia tengking camni..

“hoi budak,keluar la cepat! penat dah ni aku teran,tak keluar-keluar jugak!” 

(Yang lahir keluar ikut tingkap,tak payah cerita la kan.Lagi merana...dengan perut berjahit.Ish,aku pulak yang ngeri!)

ada?ada mak korang cakap macam tu?tak kan..ini bila dah besar,kau pulak yang nak tengking mak kau tu.Tak rugi kalau kau cakap baik-baik..kalau dengan boipren/girlpren kau boleh cakap lemah-lembut selembut soflan,takkan dengan mak sendiri kau nak cakap kasar-kasar.Ingat,kalau mak kau tak keluarkan kau dulu,takde maknanya kau boleh jumpa dengan abang sayang/adik cayang kau tu.Ingat satu benda ni je..boipren/girlpren kalau hilang,kau petik jari sepuluh yang datang(tapi aku petik,sorang pon takde..I iz sad!).Tapi,kalau mak yang hilang,kau petik la jari ke,petik gitar ke,memang takde ganti dah.

Dalam hidup kita kat dunia ni,kita mengharapkan keberkatan untuk hidup yang aman,damai dan sentosa.(Eh!macam slogan ape ek?ada..tapi aku tak ingat kat mana aku nampak slogan ni)Tapi,bila sampai satu masa nanti,mak kita pergi tinggalkan kita,hilanglah satu keberkatan untuk kita iaitu berkatnya doa ibu.Jadi,selagi mak kita masih bernafas,buatlah baik.Jangan sakitkan hati mak kita.Rajin-rajinlah lah call mak kita..walaupun kadang-kadang tu bila call,baru nak tanya ‘mak dah makan ke?’ lepas tu terus putus sebab kredit habis,tapi sekurang-kurangnya mak kita tau yang anak dia ni ingat kat dia.

Ok lah,penat lah bebel.
Semua ada akal kan?semua dah besar kan?
Adios!

p/s:harap-harap aku tak jumpa budak tu kat library lagi esok,kihkih