Saturday, March 3, 2012

USIA


Jika kau mengaduh dirimu gemuk,tidak cantik,kurang menawan...
Mungkin London Weight,Loreal atau Maybelline boleh membantumu
Jika kau mengaduh kereta kesayanganmu rosak..
Mungkin si mekanik setia disisi untuk membantu
Jika kau mengaduh BF/GF kesayanganmu lesap dikebas orang..
Usah khuatir kerna patah tumbuh hilang berganti
Pendek kata apa sahaja aduanmu mungkin akan dibalas atau diganti..
Kau tetap akan mendapat apa yang kau idamkan meski tak sesempurna idaman hati
Tetapi...
Ada satu keluhan  yang tidak mempunyai sebarang gantian mahupun menolongmu walau sedikitpun
Saat kau mengaduh usiamu semakin bertambah...
Ia terus bertambah meski kau menolaknya dengan air mata darah sekalipun!
Itulah yang dinamakan perjalanan usia
Perjalanan yang belum tentu penghujungnya.