Tuesday, May 1, 2012

kanan atau kiri?

saat mata kanan menyatakan betapa indahnya apa yang dilihat,
si mata kiri menidakkan segalanya.
saat telinga kanan mendengar alunan suara yang begitu gemersik
si telinga kiri melahirkan rasa jengkel.
saat tangan kanan ingin menghulur sesuatu tanda perikemanusiaan
si tangan kiri menyorok di belakang tanda membangkang.
saat kaki kanan melangkah penuh keyakinan
si kaki kiri beralun lemah membantutkan segala perasaan.
hidup ini ada kanan,ada kirinya
yang kadang-kadang buat kau keliru.
jadi,ikutlah kata hati yang satu.
yang tiada kanan dan kiri.
kata hati yang disimpul dengan akar akal yang kukuh.
kerana kata hati yang kosong tanpa akal yang sempurna 
ibarat berenang ke lautan tanpa pelampung.