Sunday, May 5, 2013

Sweet escape:Air Terjun Sungai Gabai;)

Assalamualaikum=)

Okay,sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bergelar pekerja dekat Malaysia ni.Tak dilupakan juga untuk penganggur  kerana menganggur itu juga adalah satu pekerjaan,mihmih..Ehem,takyah nak gelak sangat.Kau tunggulah bulan 7 ni nanti..tunggulah nasib kau!Memandangkan 1 Mei yang lepas adalah Hari Pekerja,jadi aku pun memanfaatkan lah hari cuti tu dengan bermandi-manda di air terjun sungai Gabai yang terletak dekat Hulu Langat.Nak hilangkan stress siapkan FYP katanya.Untuk pengetahuan korang,itu adalah kali pertama aku mandi air terjun.Sebelum ni,setiap kali nak ikut abang-abang aku mandi air terjun je mak aku mesti tak kasi.so,mandi jela dekat bilik air...sadis!

So,malam sebelumnya tu punya la excited.Siap set alarm nak bangun pagi-pagi untuk siapkan bekal nak bawa pegi sana.Yela,lepas mandi nanti sure perut main orkestra kan....ceh!padahal buat sandwich sardin dengan telur je,ahaks!Perjalanan nak pegi sana takde la tragis sangat..ok-ok je=) tak macam perjalanan nak ke Cameron la,ihiks!(tunggu untuk next entry,hehe) Sampai-sampai je sana,mata aku terpaku tengok air terjun yang super best tu.Yela,first-timer kan..hehe.

Memang best la wa citer lu.Rasa macam taknak balik pun ada bila dah mandi.Tapi bila melihat kuku dan bibir masing-masing mulai biru,terpaksa la balik jugak.Kang ada jugak yang bertukar jadi iceberg kang,haha..over! -_- 



driver dan tourist guide.

Subhanallah :')

paksa abang jaga parking tolong amekkan gambar=p



semangat nak naik atas,tapi...

baru naik separuh dah berhenti minum air,hikhik

time kasih lah dekat orang yang candid gambar ni..-_-

pakcik ni yang candid gambar kat atas tu.



mandi tak hengat dunia.

lapar,makan.lapar,makan.

cawan multipurpose.
Digunakan untuk minum air,makan dan gayung mandi=p

ha,yang ni ada kelawar terlepas hari tu.Yela,cuti Hari Pekerja kan..dia pun nak cuti jugak=p




Lots of love from four of us;)

That's all for today:)
so long and goodnight.

p/s:tengah pikir ayat untuk entry cameron,ihiks!(padahal thesis tak siap lagi..-_-)

Tuesday, April 9, 2013

#childhood


Assalamualaikum =)

sejak dua menjak ni aku asyik teringat je benda-benda sengal yang selalu buat zaman-zaman hingusan dulu.Salah satunya adalah melambai kapal terbang yang tengah terbang di awan tinggi.
Eh,ada ke kapal terbang yang terbang depan rumah?chooyy!!
ha,dulu masa kecik-kecik aku memang sengal sikit.Bukan sikit,banyak sebenarnya,kahkah...bila dengar bunyi helikopter lalu je,aku dengan abang-abang aku akan berlari sekuat hati keluar rumah semata-mata nak lambai dekat helikopter tu.Dengan harapan helikopter tu akan mendarat depan rumah kitorang.Tapi,sedih...semua tu harapan je -_-
Tapi,apa yang lagi sedih kalau korang nak tau.....

EVEN SAMPAI SEKARANG,UMUR DAH BESAR PANJANG NI PUN AKU STILL DUK LAMBAI-LAMBAI KALAU NAMPAK KAPAL TERBANG LALU.
EVEN TENGAH DRIVE PUN BOLEH SEMPAT LAMBAI-LAMBAI LAGI!
TAPI KALI NI DENGAN HARAPAN SATU HARI NANTI DAPAT KAHWIN DENGAN PILOT.
-_-

ok,bai!=p

p/s:excited sangat tulis sampai ter'caps lock'!haha..dan aku malas nak backspace.

Wednesday, February 6, 2013

perempuan.


Assalamualaikum:)

Aku pantang betul lah kalau tengok lelaki marah-marah,cakap jerit-jerit dekat perempuan depan orang ramai macam lah perempuan tu patung takde rasa malu kena marah depan orang.berangin je aku tengok..tapi apakan daya aku hanya mampu tengok jela.Kot ye pun kau marah sangat dengan girlfriend or wife korang tu janganlah marah dia depan orang ramai.Bawak-bawak lah bersabar sikit,tak pun tahan marah kau tu sampai rumah baru bertukar jadi Hulk,kihkih..(tapi tak baik tau marah-marah dekat isteri,dia jugak yang ada dengan kau bila susah senang,kawan-kawan kau ada?)

Ingat senang ke jadi perempuan ni.Memang aku akui tanggungjawab lelaki lagi berat..contohnya kalau nak kahwin,dia yang kena sediakan hantaran lima belas ribu (kalah artis!=p) padahal perempuan tunggu je duit dari lelaki,lepas kahwin kena sara keluarga,kena pimpin keluarga tu supaya jadi keluarga bahagia,kalau isteri or anak perempuan dia buat dosa,dia yang kena tanggung..memang.Memang berat tanggungjawab tu.Tapi jangan la jadikan semua tu sebagai alasan untuk korang kaum lelaki ni merendah-rendahkan kami kaum wanita ni.Kami ni pun ada perasaan juga.Ingat senang ke jadi perempuan ni.Perempuan ni sebenarnya lagi complicated tau hidup dia kalau nak dibandingkan dengan lelaki.Kau bayangkanlah,nak pergi date minggu depan,tapi seminggu sebelum tu dah sibuk-sibuk pilih baju.Tak ke naya tu?padahal date je pun..bukan aku,tapi aku tau ada yang macam ni=p.

Lepas tu perempuan ni faham-faham jela.Setiap bulan dia akan mengalami satu proses dimana angin meroyan dia boleh datang secara tiba-tiba.Bukan setakat angin meroyan je,sekali package dengan rasa sakit perut macam kena tumbuk 99 kali pun ada tau.Masa ni lah kami kaum wanita ni terpaksa menggunakan segala tenaga dan kepakaran yang ada untuk handle angin meroyan ni tau.Terror tak terror la kan..ehem!;)Korang jangan main-main..angin meroyan ni kalau tak dibendung,boleh terbalikkan rumah tau!haha..tapi,kadang-kadang tak dapat dibendung juga.Ha!time ni la korang kaum lelaki kena gunakan 9 akal yang Allah dah kurniakan dekat korang untuk menangani angin meroyan perempuan ni.Kena bawa banyak-banyak bersabar.Bukan kau pergi tangankan perempuan tu.ada faham?

Lagi,kenapa aku cakap jadi perempuan ni susah sebab perempuan boleh melahirkan.Cakap melahirkan senang la...M.E.L.A.H.I.R.K.A.N.ala senang je kan..tapi kau tak macam mana sakitnya nak melahirkan tu?ha,pergi tanya mak kau macam mana rasa sakitnya nak melahirkan kau dulu.Kalau tak sakit tu mungkin sebab masa mak kau lahirkan kau mak kau pengsan tak sedarkan diri.Tapi tipula kan kalau tak sakit.Kemain aku bercakap kan,macam dah pernah rasa melahirkan je kan,haha...iAllah,the day will come!ahaks!=p.Ha,disebabkan melahirkan ni sakit,so jangan la korang sesuka hati nak marah-marah mak korang tu.Tapi kalau merajuk sikit-sikit tu takpe kot,hehehehe...=p

Dah,rasa dah panjang sangat aku bebel ni.Sebenarnya aku nak cakap korang kaum lelaki ni jangan la emosi sangat dengan perempuan.tak tau ke perempuan ni hati dia macam tisu kena air bila kena marah?haish..

Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
dan dekat pada hati untuk dicintainya.. “

Wednesday, January 16, 2013

Aku Bukan Pembunuh.



Assalamualaikum=)

Aku bukan pembunuh.

Dang!!Starting nak hebak je kan..;)

Tak tau kenapa,aku rasa hari ni adalah hari malang aku.Bermula pagi tadi,tengah kemas-kemas barang nak pindah bilik tetiba ada la dua ekor kucing ni tengah bergaduh.Tak tau la pulak aku sebab apa kan...mungkin salah seekor kucing ni dah kidnap mak kucing yang lagi sekor tu.Aku rasa la.Tanpa menghiraukan kucing yang tengah memandang satu sama lain tu,aku dengan selamba badaknya lalu la sebelah kucing-kucing tu sambil tangan aku aku kiri kanan penuh barang nak bawa pindah bilik baru.Entah apa silapnya,salah seekor kucing tu toleh dan terus lompat dekat kaki aku.Kau tau tak apa perasaan dia?Aku rasa masa tu tahap adrenalin aku ni dah capai tahap maksima kot.Dengan berbekalkan suara soprano yang aku ada,aku pun menjerit la sekuat hati dan lari terus masuk bilik.Fuhh!selamat..tapi aku jela yang selamat.Barang-barang aku semua dah berterabur dekat tangga.15 minit lepas tu baru aku keluar dari bilik,kucing-kucing tu dah takde.Mungkin dia pergi hospital sebab telinga dia dah pekak dengar aku jerit tadi.Nasib baik blok takde orang.Kalau tak sure dah ada orang jerit “hoi!diamlah!”-__- .

Lepas dah habis angkat barang,aku siap-siap nak keluar,pergi lunch.Sampai-sampai dekat kereta,sekali dapat surat cinta daaa...kalau surat cinta yang wangi-wangi (penuh bedak) tu takpe la juga.Ini surat cinta dari pengawal keselamatan.Hambek kau!sape suruh gatal-gatal parking kereta sesuka hati kau kan.Tak pasal pasal melayang duit nak kena bayar saman.

Aku:Bang,ni kalau nak bayar berapa?

Pengawal keselamatan:kalau ikutkan adik kena bayar rm100.Tapi adik punya pasal rm50  je.Tapi kalau adik senyum lebih sikit,abang bagi rm25 je.

Aku:eleh,padahal memang rm25 pun kan kalau lepas rayuan? -__-

Pakcik keselamatan tu sengih je.Ingat hensem ke sengih macam tu??-___-
Ok,malang aku hari ni bukan berakhir kat situ je.Petangnya pulak masa aku tengah drive nak pergi kerja,tetiba ntah burung mana yang datang boleh pulak dia tetiba berhenti tengah-tengah jalan tu.Aku apa lagi,langgar la dia.Aku ingat aku terlanggar apa,tetiba je ada benda hitam terpelanting depan kereta aku dan tercampak tepi jalan.Aku mampu dengar burung tu jerit-jerit je.Serius,aku takde niat pun nak langgar kau burung.Yang kau tu sape suruh sesuka hati berhenti tengah-tengah jalan.Aku harap la burung tu janda berhias,takde anak-anak.Kalau tak sure aku lagi rasa bersalah.Nanti sape nak bagi makan kat anak-anak dia.....huwaaa!!!!;(

Ok lah.Rasa dah panjang sangat aku membebel ni.Esok nak kena bangun pagi,nak alihkan kereta kalau tak nanti dapat surat cinta lagi.Oh,esok aku kena pergi lab la.FYP aku tu dah memanggil-manggil dah.Semoga esok hari aku lebih indah!
Selamat malam!=D

Monday, December 31, 2012

azam tahun baru=)



Assalamualaikum =)
Pejam celik,pejam celik kita dah nak sampai ke penghujung tahun dah pun.
Tinggal beberapa jam je lagi kita nak say bye-bye 2012,hai-hai 2013.
Ini juga bermakna dah bertambah satu lagi nombor untuk kiraan umur aku dan korang-korang semua,eheh!omaaagaaaddd...tahun depan dah 23,lepas tu 24,lepas tu 25,lepas tu 26 dan korang kira lah sendiri,hehe..dah tua rupanya aku ni.
Tapi aku rasa muka aku still macam sweet 15 lagi.
Betul tak?ahahahahahahahaha...
kalau korang terasa mual-mual nak termuntah bila baca statement ni sila pergi muntah jauh-jauh,jangan muntah kat sini.ihiks!
Sebenarnya hari ini aku nak bercerita tetang azam tahun baru.Aku sure korang-korang semua pun mesti ada azam tahun baru kan?kan?nak jadi anak yang baik lah,nak beli kereta baru lah...nak kahwinlah!muahahahahaha...=p.
Same goes to me,azam tahun baru aku untuk tahun ni (rasa azam tahun lepas pun belum nak tercapai,hahahahahaha) adalah untuk menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ni.
Contohnya jadi anak mak yang baik.Yela,korang-korang ingat senang ke jadi anak perempuan sorang lepas tu ada mak sampai 3??
senang ke?omaagaaddd!!mak kau ada 3??
rilex..rilex..memang mak aku ada 3 pun tapi bukan sebab ayah aku kahwin tiga ke apa.
No..no....ayah aku adalah contoh lelaki yang paling setia ok,hehe...
and one day i’ll makesure that i’ll marry a man like him.Daebak!=p
(azam tahun baru juga ni,hehe).
Ahah!3 orang mak yang aku maksudkan tu adalah mak kandung,mak susuan dan juga mak angkat.
Kelas kan?hahahaha...
Aku bukan nak cakap aku tak baik sebelum ni,aku baik apa..kahkah.
Cuma nak jadi lebih baik,hehehehe...tak salah kan kalau kita nak betulkan dan tambah apa yang kurang.
Biasalah,manusia..mana pernah lari dari buat silap.
Eh??kenapa ayat aku ni macam ada buat salah besar ni???kenapa kenapa?
(monolog dengan diri sendiri). 
Ok,tak kisah lah apa pun yang korang azamkan untuk tahun baru ni..aku doakan yang terbaik untuk korang semua =) .
Tapi ingat!azam yang baik-baik je taw,kehkeh..=p.

Psssssttt:acara jalan-jalan tahunan ‘koreakudatang’ pun dikira azam tahun baru juga kan?ihiks!=p

Friday, December 28, 2012

Stunning in a Picture.

Assalamualaikum =)
Lama juga aku tak memebel kat sini(tak payah nak excited sangat la sampai nak typo).MEMBEBEL ok.Biasa la sejak dah berkerjaya ni masa tu macam dah terhad sikit.kelas kau!berkerjaya weyh,kehkeh....Yela,siang aku menginap dekat library study untuk final exam,malam menginap dekat Star Mart borak ngan Myanmar.Apa kes??keje ok..keje..aku cashier kat situ.sila jangan salah faham,hehe.Sebenarnya hari ni nak update macam mana korunk-korunk semua nak nampak ‘stunning’ atau senang cerita nak nampak perfect bila dalam gambar.sape-sape yang nak ambil gambar family,yang nak jadi model tu baca ni.Baca tau!
#Tips 1
POSITION YOURSELF PERFECTLY
Don’t drop your chin;it makes you look as though you’ve misplaced your neck.Don’t tilt your head up too far unless you want a wallet-size shot of your nostrils (sentap betul ayat die,kahkah).Stand with your legs a few apart,or pose with one crosses over the other.To avoid a shoot that looks too stiff and posed,lean on a chair or a couch.And instead of letting your hands dangle,put them on your hips or cross them in front of you (nampak macho sikit,kihkih).
#Tips 2
CHECK THE LIGHT
Choose the place that offer a softer light.Not too bright or too lame.
(kalau time black-out tu tak payah gedik-gedik la nak bergambar-__-)
#Tips 3
DRESS RIGHT
Wear that one thing in your wardrobe that always makes you feel attractive (attractive tu maksud dia yang bila orang tengok kat korunk sekali nak tengok lagi sekali sebab cantik ok.Bukan sebab pelik ye.sila jangan jadi FASHION DISASTER please....kehkeh).Avoid colours that are close to your skin tone,such as pastel pink,beige or brown as they can wash you out.And pass up busy patterns,stripes and polka dots which can be distracting.(kepada yang berhijab tu,jangan pakai baju bunga-bunga lepas tu pakai shawl or tudung corak bunga-bunga juga...nak jadi pokok try la pakai,kehkeh)
#Tips 4
SIZE UP YOUR FACE
Take a good look in the mirror to see which side of your face looks better (yang ni better korunk buat sorang-sorang dalam bilik,jangan buat di khalayak ramai sebab boleh menimbulkan syak wasangka.orang ingat korunk gila nanti,kahkah..=p).You can also learn a new thing or two by playing with self-photo programs on your computer or smartphone to figure out your “good side”.
#Tips 5
SKIP THE CHEESE
Better to laugh rather than say cheese.Another way to ensure a fresh,authentic expression:Just before the picture is snapped,look away,then quickly look back while breaking into a smile.(jangan sampai terkehel leher sudah,nak pusing cepat-cepat katanya...-__-)
 senyum je sepuas hati camni.erk??!

Monday, December 17, 2012

Broga Hill


Assalamualaikum =)

Hari ni aku nak bercerita tentang Broga Hill atau omputeh cakap,Bukit Broga.Cerita tentang perjalanan aku ke Broga ni memang menyayat hati sikit.Siap sedia la dengan tisu sebab hingus korang akan meleleh lepas dengar cerita aku ni 
(euuuwwww,selekeh kan aku ni?).
ok,rilex..rilex..sebenarnya takde apa-apa yang tragis mahupun menyayat hati pun yang berlaku,cuma kitorang ni je yang terlebih excited (nenek aku cakap) nak panjat Broga tu.
Yela,kau bayangkan lah..kitorang dah menetap kat selangor ni nak dekat 4 tahun dah,bulan 7 tahun depan nak habis dah study kat sini..(OMG,tetiba sebak weyh!) tapi sekali pun tak pernah kitorang menjejakkan kaki kat sana.Jadi sementara masih ada waktu-waktu terakhir kitorang kat sini,jadi kitorang pun plan la baik punya nak pergi sana.
Seminggu before pergi tu aku dah sibuk-sibuk cari direction macam mana nak pergi sana,terima kasih lah dekat pakcik ‘Google maps’ sebab dah bagi tunjuk arah yang bernas,kehkeh..kitorang gerak seawal pukul 3.30 pagi dari upm.bapak awal kan?
Tapi itula..disebabkan kitorang tak tahu jalan,so terpaksa lah gerak awal.Ada yang tak tidur kot malam tu sebab excited nak pergi kot...yeke ika?kahkah..=p 
ok,ok sambung cerita..dengan perasaan confident nyer aku pun drive la kereta untuk keluar dari upm ni,tapi kau tahu senah..kitorang kena tahan dengan pak guard upm masa nak keluar,pak guard tu siap kunci pintu pagar lagi tak nak bagi kitorang keluar.
Jadi,aku dengan muka manis dan senyum kambing  turunkan lah cermin kereta...

Aku : “bang,kitorang nak keluar ni..tak boleh ke?”.
Pakguard hensem: “dik,sekarang ni tak boleh keluar lagi.kalau nak keluar kena tunggu pukul 6 nanti.”
Ikha : “Tapi bang kitorang nak pergi Broga ni,nak tengok sunrise.Takkan nak keluar pukul 6..”gitu...
Pakguard hensem : “boleh,tapi adik ada surat tak?sebab pelaajar memang tak dibenarkan keluar sekarang ni”.
Aku : “Ala bang, takkan nak keluar sendiri pun nak kena bagi surat kot?member-member kitorang yang lain keluar ok je,takpayah buat surat pape pun..”
Pakguard hensem : “Itula,adik kena faham.Gate ni lain-lain orang yang jaga,tapi kalau abang yang jaga memang abang tak benarkan pelajar keluar masuk selepas pukul 12.00 malam.kalau nak keluar jugak kena bagi surat pengesahan.”
Aku : “ok lah bang,whateverlah!”(start kereta dan terus blah)

Korang boleh bayangkan tak apa perasaan kitorang yang terkinja-kinja nak pergi ni?
WTH!
takkan kitorang nak pergi ketuk pintu rumah pengetua semata-mata kitorang berlima nak keluar pergi Broga kot.Memang cari nahas lah kan..jadi kitorang pun pusing-pusing la satu upm nak cari pintu keluar..sampaikan lubang tikus pun kitorang pergi tengok kalau-kalau boleh keluar.
Tapi,hampeh.
Disebabkan terlalu nak sangat pergi Broga tu..kitorang pun decided untuk pergi pujuk pakguard hensem tu.untung-untung dia bagi keluar.Nak dipendekkan cerita,lepas dah ayat baik punya pakguard tu,kitorang pun dapat juga keluar dan akhirnya sampai pun Broga,kehkeh..
Ini ada gambar sikit buat kenangan kitorang kat sana...kihkih
nah,amek..nak sangat tengok sunrise.






breakfast atas bukit.

macho an gambar ni?kahkah..=p


Broga Hill yang ramai orang.
padan muka sape suruh pergi time weekends.

ok,jumpa lagi Broga!!:D